Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2022

Teguran Buat Imam Tarawih

 Antara kesalahan yang sering berlaku dalam kalangan bilal ketika mengajak orang menunaikan solat tarawih dan solat witir adalah menambah ال pada perkataan الصلاة. Pertama: الصلاة التراويح ❌ Kedua: الصلاة الوتر ❌ Sepatutnya tanpa ال pada perkataan solat. Sepatutnya begini: صلاة التراويح ✅ صلاة الوتر ✅ Jadi, bilal akan sebut begini: صلاة التراويح من قيام شهر رمضان أثابكم الله صلاة الوتر أثابكم الله Itulah pentingnya Arabic Education. Tidak menambah ال sesuka hati pada tempat yang diinginkannya.  Apapun, banyakkan solat sunat dan baca al-Quran. Semoga Ramadan kali ini kebaikan yang anda lakukan bertambah banyak dan dapat dikekalkan pada bulan-bulan seterusnya.

Perpaduan dan Asabina (Pembinaan Resolusi)

  PERBINCANGAN PROGRAM ASABINA 1.     PEMAHAMAN 1.1   - Maksud perpaduan yang difahami ialah perpaduan merupakan penerimaan rakyat Malaysia bahawa negara Malaysia adalah bersifat majmuk. - Perpaduan juga ialah satu proses menyatupadukan rakyat Malaysia dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan budaya yang boleh hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni. - Perpaduan turut berkait dengan kesatuan dan kesepaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama 1.2 Perpaduan ialah penyatuan dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan jiran mereka. Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial   yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang ataupun sains kemasyarakatan.    Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat adalah berbeza. Dalam masyarakat, rngkas atau biasa, ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan saling menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat ...

Hasil Bacaan Buku Sudut Pandang Muhyiddin Yassin

  Pendidikan Prasekolah - Membentuk sahsiah dan perwatakan murid. - Menyediakan murid untuk memasuki sekolah. - Memperkenalkan murid kepada kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Program Literasi dan Numerasi - Menekankan kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. - Literasi melibatkan kemahiran membaca dan menulis. - Melibatkan kemahiran kira-kira. - Kemahiran-kemahiran ini ditekankan pada tempoh tiga tahun pertama murid di sekolah. - Melibatkan murid tahun 1 hingga 6. - Tujuan bagi menghapuskan buta huruf dalam kalangan murid. Bai'ah (Tawaran Baharu) - Ganjaran berbentuk wang tunai diberikan kepada guru besar dan pengetua yang cemerlang. - Kecemerlangan diukur dari sudut kepimpinan dalam pengurusan, tahap akademik sekolah, perlaksanaan kokurikulum dan banyak lagi. - Semua guru besar dan pengetua mempunyai peluang yang sama. Sekolah Berprestasi Tinggi - Secara umumnya merupakan sekolah terbaik di Malaysia. - Semua sekolah mempunyai...