Perpaduan dan Asabina (Pembinaan Resolusi)

 

PERBINCANGAN PROGRAM ASABINA

1.    PEMAHAMAN

1.1  - Maksud perpaduan yang difahami ialah perpaduan merupakan penerimaan rakyat Malaysia bahawa negara Malaysia adalah bersifat majmuk.

- Perpaduan juga ialah satu proses menyatupadukan rakyat Malaysia dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan budaya yang boleh hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni.

- Perpaduan turut berkait dengan kesatuan dan kesepaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama

1.2 Perpaduan ialah penyatuan dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan jiran mereka. Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial  yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang ataupun sains kemasyarakatan.

   Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat adalah berbeza. Dalam masyarakat, rngkas atau biasa, ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan saling menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat kompleks pula, terdapat yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat.

    Malaysia memiliki komposisi penduduk yang terdiri daripada pelbagai budaya dan bangsa. Hubungan harmoni yang terjalin sesame kau mini akan memperkukuhkan lagi kedaulatan dan pembangunan negara.

    Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan negara Malaysia merupakan satu keistimewaan dan juga daya tarikan kepada pelabur asing untuk melabur di negara ini.

1.3 Keunikan perpaduan di Malaysia berbanding negara lain adalah dari segi pakaian,kesenian, makanan, adat serta agama dan bangsa. Sebagai contoh, setiap kaum mempunyai makanan yang sememangnya dikenali seperti Kaum Melayu. Contohnya, nasi lemak, nasi himpit, nasi kerabu, rendang dan sebagainya. Manakala, makanan kaum cina adalah pau,kuih bulan, dim sim dan sebagaina. Makanan Kaum India pula roti canai, kuah dal serta kuah kari. Selain itu, dari aspek seni kaum Melayu adalah tarian inang dan tarian zapin. Manakala kaum Cina mempunyai tarian kipas dan tarian singa sebagai. Kaum India mempunyai tarian-tarian tradisional yang menunjukkan keunikan dalam kaum mereka antaranya tarian Kolattam dan tarian Kuchipudi. Selain itu, keunikan mengikut kaum juga boleh dilihat dari aspek pakaian. Sebagai contoh, kaum Melayu mempunyai pakaian tradisional iaitu baju kurung, songkot dan batik. Manakaal kaum Cina pula mempunyai pakaian tradisional iaitu Ceongsam sebagai lambing keunikan kaum mereka. Kaum India pula mempunyai keunikannya sendiri dari segi pakaian iaitu Sari, Dhoti dan baju Lenga. Di samping itu, kaum Iban mempunyai pakaian tradisional yang sangat unik yang dikenali sebagai ngepan dan baju burung.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2. PANDANGAN

2.1 Adakah dasar Perpaduan Negara berjaya menyatukan rakyat Malaysia?

-YA

Dasar perpaduan negara ialah dasar payung yang melakarkan usaha berterusan bagi memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat melalui konsep "perpaduan dalam kepelbagaian" untuk melestarikan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.

Objektif dasar:

1. Mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan perlembagaan persekutuan dan rukun negara.

2. Membentum identiti nasional dengan semangat jati diri, patriotik, prihatin, toleransi, saling menghormati dan bertanggungjawab.

3. Melahirkan rakyat malaysian yang menghargai dan mengamalkan perpaduan.

Melalui tiga objektif ini, kita dapat lihat dasar perpaduan negara ini berperanan untuk menyatukan rakyat malaysia

 

2.2 Adakah perpaduan benar-benar wujud di Malaysia?

Ya, perpaduan benar-benar wujud di Malaysia kerana perpaduan negara dapat membina sebuah masyarakat yang saling hormat menghormati antara satu sama lain disebabkan faktor rasa bersama dan kekitaan yang lahir yang lahir dalam jiwa seluruh anggota masyarakat. Contohnya,  perpaduan antara rakyat yang jelas dilihat Ketika negara dilanda cabaran dan musibah termasuk Ketika berdepan dengan gelombang penularan covid-19 pada masa ini apabila semangat perpaduan ditunjukkan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

2.3

Perpaduan dalam kepelbagaian -

Kemajmukan etnik - 80 etnik di Malaysia

Kepelbagaian agama - Islam, Hindu, Buddha, Kristian dsb

Kekayaan Budaya dan Tradisi - Muzik, Tarian, Kraf, Makanan, Seni Bina, Seni, Sastera, Pakaian

2.4 Halangan yang dihadapi dalam membentuk perpaduan.

 

1. Sikap perkauman yang melampau menyebabkan prejudis. Ini menimbulkan banyak stereotaip yang tidak benar bahkan menguris perasaan suatu bangsa. Contohnya seperti bangsa Melayu malas, bangsa cina mata duitan, masyarakat Sarawak dan Sabah ketinggalan.

 

2. Pergaulan yang terhad dengan kaum masing-masing. Golongan yang hanya bergaul dalam lingkungan kaum masing-masing sukar untuk berkomunikasi dengan kaum-kaum lain. Contohnya, seorang melayu yang hanya bergaul dalam kalangan orang Melayu sahaja sukar membawa diri dalam masyarakat berbilang kaum.

 

3.    Perbezaan yang terlalu banyak menyebabkan sukar membentuk satu identiti. Hal ini menyukarkan masyarakat berkongsi satu prinsip yang dipersetujui bersama. Contohnya, masyarakat negara Jepun berkongsi satu identiti bangsa Jepun manakala masyarakat Malaysia tidak mempunyai satu identiti yang tetap memandangkan terdapat kepelbagaian kaum.

2.5 Antara langkah mewujudkan dan memperkukuhkan di Malaysia adalah:

 

1. Menyambut hari perayaan bersama-sama melalui rumah terbuka.

Huraian: Negara kita mempunyai pelbagai kaum yang menyambut perayaan sepanjang tahun. Sebagai contoh Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, Deepavali, Wesak, Hari Gawai, Pesta Kaamatan dan sebagainya. Melalui perayaan ini, masyarakat Malaysia boleh mengikuti rumah terbuka yang diadakan. Dengan penganjuran rumah terbuka, masyarakat boleh mengenali antara satu sama lain serta dapat mengetahui adat, jenis makanan dan bahasa bangsa lain. Jelasnya, penganjuran rumah terbuka dapat memupuk perpaduan antara kaum menerusi perayaan yang disambut.

 

2. Mempergiat aktiviti sukarelawan dan kebajikan.

Huraian: mempergiat aktiviti sukarelawan dan kebajikan dalam komuniti juga dapat melahirkan perpaduan antara kaum. Usaha ini telapun dipraktikikan oleh masyarakat kita dari zaman dahulu iaitu dengan mengadakan gotong-royong. Dalam mendepani situasi ekonomi yang tidak menentu pada hari ini, kita tidak boleh sahaja mengharapkan bantuan atau insentif daripada kerajaan. Tetapi masyarakat yang mempunyai rezeki berlebihan seharusnya turut sama membantu melakukan aktiviti kebajikan untuk membantu mereka yang dalam kesusahan. Ibarat kata peribahasa, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Intihannya, penyertaan dan penggiatan yang aktif dalam aktiviti sukarelawan atau kebajikan dapat menambah nilai perpaduan antara kaum.

 

3. Menerbitkan drama atau filem yang mempunyai elemen perpaduan kaum dengan lebih banyak.

Huraian: Penerbitan suatu filem atau drama juga menjadi salah satu cara menerapkan nilai perpaduan masyarakat. Contohnya, siri animasi upin dan ipin sangat memberi impak besar dalam memupuk nilai perpaduan dalam masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak. Jelaslah bahawa drama atau filem yang diterbitkan sangat memberi impak terhadap nilai perpaduan dalam masyarakat tidak kira usia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3 cadangan

Pelan jangka pendek

3.1  Quota kaum dalam pertandingan sukan

Sukan antara ipt.

Peruntukan kuota untuk setiap kaum bagi satu-satu pasukan dalam pertandingan sukan.

Contoh bola sepak: 5 melayu 3 cina 3 india

3.2  jelajah festival kebudayaan

makanan, persembahan, tarian, fasyen.

Penampilan artis popular semasa.

 

Panjang

Menyelaraskan penggunaan Bahasa melayu di tempat awam secara lebih asertif.

Memansuhkan penggunaan dwibahasa di tempat awam secara perlahan-lahan.

Peluang pekerjaan baharu, penterjemah di Kawasan awam.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bacaan Naqal dalam Al-Quran (Biksalismu)

Peta i-Think dalam Bahasa Arab

Bacaan Tashil dalam Al-Quran