Cara Bacaan Huruf Hamzah dalam Al-Quran (Hamzah Wasal dan Hamzah Qata’)

 Bacaan Hamzah

Huruf hamzah pada permulaan perkataan terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

1.    Hamzah wasal.

2.    Hamzah qata’.

 

Pengertian hamzah wasal:

Hamzah yang kekal ketika memulakan bacaan dan gugur/hilang bunyi hamzah ketika disambungkan. Hamzah ini terdapat pada kalimah isim dan fe`el.

(hamzah wasal dikenali dengan huruf alif yang terdapat kepala ص kecil di atasnya)

Hamzah wasal pada isim:

1.    Jika terdapat alif lam makrifah, maka hamzahnya dibaca dengan baris fathah.

2.    Jika tidak terdapat alif lam makrifah, maka hamzahnya dibaca dengan baris kasrah.

(isim dikenali dengan alif lam makrifah, tanwin dan ta marbutah)

Hamzah wasal pada fe`el:

1.    Jika huruf ketiga pada kalimah fe`el berbaris fathah atau kasrah, maka hamzahnya hendaklah dibaca dengan baris kasrah.

2.    Jika huruf ketiga pada kalimah fe`el berbaris dhammah, maka hamzahnya hendaklah dibaca dengan baris dhammah.

 

Pengertian hamzah qata’:

Hamzah yang kekal barisnya sama ada ketika berada di awal, di tengah atau di akhir kalimah.

p/s: Silalah rujuk kitab yang lebih muktabar dan asatizah yang berkelayakan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bacaan Naqal dalam Al-Quran (Biksalismu)

Peta i-Think dalam Bahasa Arab

Bacaan Tashil dalam Al-Quran