Asas Pembelajaran Wakaf (Tanda berhenti dalam Al-Quran)

 

Wakaf

Bahasa: berhenti atau menahan

Istilah: menghentikan bacaan dengan cara memutuskan suara di akhir perkataan sekejap untuk bernafas dengan niat akan menyambung bacaan semula tanpa jarak waktu yang lama.

Jenis-jenis wakaf

1.    Wakaf tam (berhenti sempurna): berhenti pada akhir ayat.

2.    Waqaf kaf (berhenti memadai): berhenti pada lafaz yang sempurna tetapi masih pada pertengahan ayat.

3.    Waqaf hasan (berhenti elok): menghentikan bacaan pada rangkai kata yang sempurna maknanya namun masih terikat pada rangkai kata berikutnya. Menyambung bacaan adalah lebih utama.

4.    Wakaf qobih (berhenti buruk): berhenti pada rangkai kata tidak sempurna.

5.    Wakaf jaiz (berhenti harus): berhenti yang tidak merosakkan maknanya. Boleh berhenti atau sambung.

6.    Waqaf ma`anaqah (berhenti terikat): berhenti pada salah satu tanda.

Tanda-tanda wakaf

م: tanda berhenti lazim.

لا: tanda dilarang berhenti.

ج: harus berhenti atau meneruskan.

صلى: Sambung lebih baik.

قلى: berhenti lebih baik.

^: berhenti salah satu sahaja.

p/s: Silalah rujuk kitab yang lebih muktabar dan asatizah yang berkelayakan.

https://www.youtube.com/watch?v=wng4oRLpIUw

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bacaan Naqal dalam Al-Quran (Biksalismu)

Peta i-Think dalam Bahasa Arab

Cara Bacaan Huruf Hamzah dalam Al-Quran (Hamzah Wasal dan Hamzah Qata’)