Catatan

Bersegeralah

السلام عليكم hi! سيروا على بركة الله. Bersegeralah mencari reda Allah. -06/09/2018- ~ احب اللغة العربية ~

Palingkan Hati Kami

السلام عليكم hi! اللهم مصرف القلوب صرف قلوبنا على طاعتك. Ya Allah,   Zat yang memalingkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-Mu. -31/08/2018- ~ احب اللغة العربية ~

Erti Kesabaran

السلام عليكم hi! Jika semua yang kau pinta segera menjadi kenyataan, Lalu, di manakah lagi engkau akan belajar erti kesabaran? -03/08/2018- ~ini dakwah bukan khutbah~

SS: Benci

السلام عليكم hi! Janganlah kita  membenci seseorang itu,  tetapi bencilah sikapnya,  dan  doakan semoga dia berubah  kearah kebaikan. -Zulhafiz, 05/08/2018- ~ ini screenshot bukan khutbah~

Saat Indah Ku

السلام عليكم hi! لو جمعت أيام عمري من فرح, ما تساوي لحفة من وقتي معك. Kalaulah aku kumpulkan saat-saat gembira dalam hidupku, semuanya tidak akan dapat menyamai indahnya waktu yang aku habiskan denganmu. -Borhan Hilmie, 02/09/2018- ~ احب اللغة العربية ~

Kemuliaan Makhluk

السلام عليكم hi! Andai  kekuasaan dan pengaruh itu  penanda aras  kemuliaan seseorang,  maka  mulialah Firaun semulia-mulianya.  Andai  harta duniawi itu  ukuran  kemuliaan manusia,  pastinya  Qarun lah  manusia  yang paling mulia pernah bernyawa.  Dan andai  kebijaksaan ilmu itu  lambang  kemuliaan makhluk,  tentunya  Iblis lah makhluk termulia pernah tercipta. Semulia-mulia seseorang adalah yang paling beriman kapada Allah ,  yang mematuhi segala syariat-Nya,  dan yang paling ikhlas beribadah kepada-Nya.  Juga yang paling berakhlak disisi-Nya. -11/10/2018- ~ini dakwah bukan khutbah~

SS: Berkat Guru

السلام عليكم hi! Jika berkat itu  boleh dijual beli,  maka tiadalah nilai  seorang guru  pada HARI INI. Orang yang beradab itu  lebih mulia  berbanding  orang yang berilmu  tetapi tidak beradab. -01/08/2018- ~ini screenshot bukan khutbah~