Bacaan Naqal Pengertian: Bacaan dengan memindahkan baris pada kalimah “ الاسم ”. Wajib dibaca dengan memindahkan baris hamzah kepada lam dalam ayat: ﴿ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٞ مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُواْ خَيۡرٗا مِّنۡهُمۡ وَلَا نِسَآءٞ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيۡرٗا مِّنۡهُنَّۖ وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَلَا تَنَابَزُواْ بِٱلۡأَلۡقَٰبِۖ بِئۡسَ ٱلِٱسۡمُ ٱلۡفُسُوقُ بَعۡدَ ٱلۡإِيمَٰنِۚ وَمَن لَّمۡ يَتُبۡ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ ١١ ﴾ [ الحُـجُـرات:11] 11. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan ja...
Bacaan Hamzah Huruf hamzah pada permulaan perkataan terbahagi kepada dua bahagian iaitu: 1. Hamzah wasal. 2. Hamzah qata’. Pengertian hamzah wasal: Hamzah yang kekal ketika memulakan bacaan dan gugur/hilang bunyi hamzah ketika disambungkan. Hamzah ini terdapat pada kalimah isim dan fe`el. (hamzah wasal dikenali dengan huruf alif yang terdapat kepala ص kecil di atasnya) Hamzah wasal pada isim: 1. Jika terdapat alif lam makrifah, maka hamzahnya dibaca dengan baris fathah. 2. Jika tidak terdapat alif lam makrifah, maka hamzahnya dibaca dengan baris kasrah. (isim dikenali dengan alif lam makrifah, tanwin dan ta marbutah) Hamzah wasal pada fe`el: 1. Jika huruf ketiga pada kalimah fe`el berbaris fathah atau kasrah, maka hamzahnya hendaklah dibaca dengan baris kasrah. 2. Jika huruf ketiga pada kalimah fe`el berbaris dhammah, maka hamzahnya...
Ulasan
Catat Ulasan