Tiga Ibadah



السلام عليكم
hi!


Sesungguhnya orang yang beribadah itu terbahagi kepada tiga. 

Pertama, ibadah seorang hamba yang takut akan tuannya. 
iaitu orang yang beribadah kerana takutkan murka dan azab Allah. 

Kedua ialah ibadah seorang saudagar yang mengejar keuntungan. 
dia beribadah kerana mahu merebut pahala dan ganjaran yang dijanjikan oleh Tuhannya.

Yang ketiga ialah ibadah seorang hamba yang merdeka. 
Dia beribadah bukan kerana azab dan murka Allah. Dia juga bukan beribadah bagi meraih keuntungan yang ditawarkan oleh Tuhannya. Tetapi dia beribadah kerana dia sedar akan tanggungjawabnya sebagai seorang hamba. Iaitu ialah mengagungkan Tuhannya, membesar-besarkan Tuhannya. Juga meraih keredaan dari Sang pencipta.


-04/10/2018-


~ini dakwah bukan khutbah~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bacaan Naqal dalam Al-Quran (Biksalismu)

Cara Bacaan Huruf Hamzah dalam Al-Quran (Hamzah Wasal dan Hamzah Qata’)

Bacaan Tashil dalam Al-Quran