Catatan

100 Tempat menarik di Johor

 Johor, negeri di selatan Semenanjung Malaysia, menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk pelancong dan penduduk tempatan. Berikut adalah 100 tempat menarik di Johor yang merangkumi pelbagai aktiviti, pemandangan, dan pengalaman: ### **Destinasi Alam Semulajadi dan Taman** 1. **Taman Negara Endau-Rompin** – Taman negara yang kaya dengan flora dan fauna. 2. **Taman Negara Gunung Mulu** – Terkenal dengan gua-gua yang menakjubkan. 3. **Hutan Lipur Kota Tinggi** – Tempat untuk menikmati hutan hujan tropika dan air terjun. 4. **Kampung Bahaus** – Tempat berkelah dan aktiviti luar di hutan. 5. **Pulau Rawa** – Pulau kecil dengan pantai putih dan air jernih. 6. **Pulau Sibu** – Pulau dengan resort eksklusif dan pemandangan laut yang menakjubkan. 7. **Pulau Kukup** – Taman Negara Kukup dengan hutan bakau yang unik. 8. **Hutan Lipur Ulu Tiram** – Tempat rekreasi dengan air terjun dan trek hutan. 9. **Taman Rekreasi Tanjung Puteri** – Tempat bersantai dengan pemandangan laut. 10. **Air Ter...

Pembetulan RPH

 Set induksi - timbulkan tanda tanya - jgn bagi bahan dulu - tulis tajuk dan objektif - boleh jugak letak nombor utk kaitkan dgn bulan Langkah 1 - nyanyi sampai habis dulu baru nyanyi ikut ayat - elakkan BM - buat peneguhan (treadmark) Langkah 2 - letak imej di RPH Langkah 3 - cari perkataan sesuai untuk menyemak Penutup - bahagi kognitif dan sosial Jumlah murid anggar sahaja

Adat Bermanfaat

Imej
  Sacara adat kebiasaan tidak ada sesuatu yang hidup untuk dirinya sendiri, Sungai tidak minum airnya sendiri, Pokok tak makan buahnya sendiri, Matahari tak memancarkan cahaya untuk dirinya sendiri, Bunga-bunga tak semerbak harumnya untuk dirinya sendiri. Jom kita hidup untuk satu sama lain, ini adalah hukum alam, saling bantu membantu dan jangan menjadi sebab orang lain tidak bahagia, apabila tidak bagi manfaat, maka jangan memudaratkan.

Impian Jauh

  Buat kita yang ada impian yang jauh ( أحلام البعيد ) maka berdoalah ( اللهم الوصول ) Allahummal wusul “Ya Allah sampaikanlah”

PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

 PPPM sangat kompleks memandangkan matlamat jangka masanya yang panjang iaitu dari 2013 hingga 2025 (lebih kurang 12 tahun). namun secara ringkasnya terdapat beberapa aspirasi dalam PPPM ini. pertama adalah aspirasi sistem, di dalamnya ada 5 aspirasi iaitu akses (enrolmen atau kehadiran 100%), kualiti (keputusan cemerlang dalam peperiksaan antarabangsa), ekuiti (menghilangkan jurang pendidikan), perpaduan (murid berakhlak dan menghargai nilai) dan kecekapan (keberhasilan murid yang tinggi). keduanya adalah aspirasi murid di mana ada enam semuanya iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, identiti nasional dan etika serta kerohanian

National Key Result Areas NKRA

National Key Result Areas NKRA NKRA bukanlah dibuat khusus untuk sektor pendidikan tetapi terdapat bahagian pendidikan di dalamnya iaitu meluaskan akses kepada pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan. Intinya, impak yang dibawa oleh NKRA ialah pertamanya pertambahan prasekolah. Kedua adalah pemerkasaan dalam LINUS iaitu Literacy and Numeracy Screening iaitu program intervensi yang dirangka untuk membolehkan murid memperoleh asas literasi (bahasa Malaysia) danasas numerasi semasa di sekolah rendah. dalam erti kata lain, 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Ketiganya ialah penubuhan sekolah berprestasi tinggi bagi memberikan layanan istimewa kepada murid-murid yang kebolehannya di atas rata-rata. Keempat ialah penawaran baharu, iaitu pemberian wang tunai kepada guru besar dan pengetua yang berprestasi cemerlang.

PIPP Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

PIPP iaitu pelan induk pembangunan Pendidikan diperkenalkan bagi mewujudkan Pendidikan yang berkualiti dan melahirkan modal insan bagi memenuhi wawasan 2020. Dua pendekatannya ialah yang pertama memberikan peluang kesamarataan dalam Pendidikan dengan menyelesaikan perkara yang belum selesai. Pendekatan kedua adalah untuk mencapai kecemerlangan dalam Pendidikan. Dalam pendekatan pertama, Pendidikan yang adil diberikan kepada semua murid-murid dengan penekanan 3M iaitu membaca, menulis, mengira serta melibatkan penggunaan ICT dalam pembelajaran. Dalam pendekatan kedua, KPM memberikan layanan khusus kepada sekolah yang cemerlang dan mengenal pasti sekolah-sekolah kluster. Ada enam teras strategik di dalamnya, pertama adalah membina negara bangsa, yakni memantapkan perpaduan rakyat Malaysia. Kedua adalah membangunkan modal insan iaitu dari segi pengetahuan dan disiplin. Ketiga adalah pemerkasaan sekolah kebangsaan, iaitu membuatkan SK menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Keempat ad...