PIPP Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

PIPP iaitu pelan induk pembangunan Pendidikan diperkenalkan bagi mewujudkan Pendidikan yang berkualiti dan melahirkan modal insan bagi memenuhi wawasan 2020. Dua pendekatannya ialah yang pertama memberikan peluang kesamarataan dalam Pendidikan dengan menyelesaikan perkara yang belum selesai. Pendekatan kedua adalah untuk mencapai kecemerlangan dalam Pendidikan.

Dalam pendekatan pertama, Pendidikan yang adil diberikan kepada semua murid-murid dengan penekanan 3M iaitu membaca, menulis, mengira serta melibatkan penggunaan ICT dalam pembelajaran.

Dalam pendekatan kedua, KPM memberikan layanan khusus kepada sekolah yang cemerlang dan mengenal pasti sekolah-sekolah kluster.

Ada enam teras strategik di dalamnya, pertama adalah membina negara bangsa, yakni memantapkan perpaduan rakyat Malaysia. Kedua adalah membangunkan modal insan iaitu dari segi pengetahuan dan disiplin. Ketiga adalah pemerkasaan sekolah kebangsaan, iaitu membuatkan SK menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Keempat adalah merapatkan jurang Pendidikan, iaitu antara bandar dan luar bandar. Kelima adalah martabatkan profesion perguruan, supaya guru-guru dipandang tinggi oleh masyarakat. Keenam adalah melonjakkan kecemerlangan institusi Pendidikan, dengan menambahbaik pengurusan, kepimpinan dan sebagainya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bacaan Naqal dalam Al-Quran (Biksalismu)

Peta i-Think dalam Bahasa Arab

Cara Bacaan Huruf Hamzah dalam Al-Quran (Hamzah Wasal dan Hamzah Qata’)