Muallim, Mudarris, Muaddib, Mursyid

Muallim berasal daripada perkataan allama iaitu menyampai ilmu. Guru sebagai penyampai ilmu iaitu dengan mengajar di dalam kelas.

Mudarris berasal daripada perkataan darrasa yang bermaksud ajar. Mudarris maksudnya pengajar, hanya mengajarkan ilmu sehingga difahami oleh murid dengan benar.

Muaddib berasal daripada perkataan taddib yang bermaksud mendidik. Muaddib bermaksud mendidik di mana guru menyampaikan ilmu serta memberikan penekanan kepada pembentukan akhlak.

Murabbi berasal daripada perkataan rabba, yarbi, tarbiyah yang bermaksud pentadbir yang mencurahkan kasih sayang. Dalam hal ini, guru bertindak bukan sahaja menyampaikan ilmu, membentuk akhlak murid, tetapi juga memelihara murid dengan kasih sayang seperti anak sendiri.

Mursyid berasal perkataan arsyada iaitu menunjuk, ertinya mursyid itu guru sebagai pemberi petunjuk atau istilah kotemporerinya mentor. Tugas mursyid ialah kesemua tugasan yang telah disebutkan sebelum ini dengan tambahan menunjukkan hak dan batil, membimbing ke arah jalan yang benar. Jalan yang dimaksudkan adalah ke arah jalan yang diredai Allah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bacaan Naqal dalam Al-Quran (Biksalismu)

Peta i-Think dalam Bahasa Arab

Bacaan Tashil dalam Al-Quran