Dasar Pendidikan Negara

Pendidikan negara terbina di atas enam dasar iaitu penyata Razak, laporan Rahman talib, kajian aminuddin baki, laporan jawatankuasa kabinet, falsafah Pendidikan kebangsaan dan akta Pendidikan 1996.

Semuanya bermula daripada penyata Razak di mana Pendidikan di Malaysia dilaksanakan dengan matlamat bagi memupuk perpaduan kaum dan melahirkan tenaga kerja yang diperlukan oleh negara. Pendidikan yang dilaksanakan juga bermatlamatkan bagi melahirkan warganegara yang seimbang dan mampu menyumbang kepada keharmonian negara. Kemudian semua dasar Pendidikan terdahulu disemak semula lalu melahirkan laporan Rahman talib.

Daripada laporan Rahman talib pula, Bahasa melayu diangkat menjadi Bahasa pengantar, Pendidikan dan perpaduan. Semua kaum berkomunikasi dalam satu Bahasa yang sama untuk memupuk perpaduan. Kurikulum yang sama diadakan bagi semua sekolah iaitu kurikulum yang berorientasikan negara agar dapat memupuk semangat cinta akan negara dalam diri semua murid. Dua mata pelajaran penting dicadangkan iaitu pembelajaran mata pelajaran sejarah supaya murid cinta akan negara dan mata pelajaran tatarakyat (sivik dan kewarganegaraan) bagi melahirkan murid yang bermoral.

Laporan Rahman talib kemudian ditambah baik dan dilaksanakan menjadi kajian aminuddin baki. Tambah baik yang dibuat adalah mewujudkan sekolah aneka jurusan untuk murid yang tiada kecenderungan dalam akademik. Sekolah pelbagai kemahiran bagi melahirkan tenaga kerja yang diperlukan oleh negara. Sekolah kebangsaan diwujudkan bagi memupuk perpaduan antara kaum.

Dalam laporan jawatankuasa kabinet, perpaduan dikukuhkan dengan cara Bahasa melayu dijadikan mata pelajaran wajib dalam peperiksaan. Selain itu, kerohanian diambil berat melalui mata pelajaran Pendidikan islam dan Pendidikan moral. Kokurikulum ditekankan bagi mewujudkan semangat kekitaan. Hasilnya adalah KBSR, KBSM dan falsafah Pendidikan kebangsaan.

falsafah Pendidikan kebangsaan (FPk) diwujudkan bagi meneguhkan hala tuju Pendidikan negara. Dibentuk bagi melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi JERI (Jasmani, emosi, rohani dan intelek).

Akta Pendidikan 1996 diperkenalkan memperkukuhkan Bahasa melayu sebagai Bahasa pengantar utama dalam Pendidikan. Bahasa melayu menjadi mata pelajaran wajib diajar di semua sekolah. Selain itu, kerohanian diambil berat melalui mata pelajaran Pendidikan islam dan Pendidikan moral.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bacaan Naqal dalam Al-Quran (Biksalismu)

Peta i-Think dalam Bahasa Arab

Bacaan Tashil dalam Al-Quran