Profesion, Profesional, Profesionalisme
Profession bermaksud pekerjaan atau kerjaya yang dilakukan dalam kehidupan. Pekerjaan yang dimaksudkan adalah yang memerlukan latihan dalam tempoh masa yang tertentu bagi menguasainya seperti perubatan atau kejuruteraan. Kerjaya seperti ini memerlukan Latihan ikhtisas yang formal serta perlu memenuhi kualiti-kualiti yang telah ditetapkan. Ringkasnya, profesion adalah kerjaya.
Profesional adalah ciri yang terdapat pada seseorang yang
berprofesion ataupun berkerjaya. Seorang yang profesional dianggap sebagai
seorang yang kompetent, efisyen, berpengalaman, berkelayakan dan berkemahiran
dalam menjalankan profesionnya itu. Kesemua kualiti ini hanya diperoleh
daripada Latihan ikhtisas yang diterima sebelum atau semasa menjawat sesuatu
profesion.
Kualiti seorang yang profesional adalah seperti mempunyai
akuntabiliti, keyakinan, integrity, patuh pada peraturan dan setia terhadap
profesionnya.
Profesionalisme pula adalah kecekapan dan kemahiran yang
diharapkan daripada seseorang yang profesional. Profesionalisme adalah kaedah
muamalat bagaimana seseorang yang profesional berurusan dengan orang lain sama
ada rakan sekerja, klien, pelanggan dan lain-lain. Ciri-ciri dalam
profesionalisme ialah berkeyakinan, bermoral, beretika, berkemahiran dalam
bidangnya, menjaga pemakaian dan bertanggungjawab. Contoh profesionalisme
adalah seperti jadual kerjanya, penerimaan gajinya dan sebagainya yang membantu
guru menjadi profesional.
Ulasan
Catat Ulasan