PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
PPPM sangat kompleks memandangkan matlamat jangka masanya yang panjang iaitu dari 2013 hingga 2025 (lebih kurang 12 tahun). namun secara ringkasnya terdapat beberapa aspirasi dalam PPPM ini. pertama adalah aspirasi sistem, di dalamnya ada 5 aspirasi iaitu akses (enrolmen atau kehadiran 100%), kualiti (keputusan cemerlang dalam peperiksaan antarabangsa), ekuiti (menghilangkan jurang pendidikan), perpaduan (murid berakhlak dan menghargai nilai) dan kecekapan (keberhasilan murid yang tinggi).
keduanya adalah aspirasi murid di mana ada enam semuanya iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, identiti nasional dan etika serta kerohanian
Ulasan
Catat Ulasan