Catatan

Tunjukkan catatan dari 2020

Adakah hafazan itu KBAT?

 Adakah hafazan itu KBAT? Konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) https://jqss.usim.edu.my/index.php/jqss/article/view/74/47 JQSS - Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs Vol. 4 (2) December 2020, no. e-ISSN 2590-3799

Isu Penggunaan Teknologi Dalam Pendidikan (Pengajaran dan Pembelajaran)

Isu Penggunaan Teknologi Dalam Pendidikan (Pengajaran dan Pembelajaran): 1.        Pemilikan peranti yang terhad oleh murid-murid https://www.astroawani.com/video-malaysia/normal-baharu-pendidikan-1844738   2.        Masalah capaian internet https://www.astroawani.com/video-malaysia/panjat-pokok-demi-internet-bagaimana-nasib-pelajar-lain-1857880   3.        Kesediaan guru https://www.astroawani.com/video-malaysia/guru-perlu-sikap-terbuka-dengan-normal-baharu-pendidikan-1849320   4.        Pendidikan dalam siaran television https://www.astroawani.com/video-malaysia/tv-pendidikan-perlu-tambah-kandungan-pembelajaran-sepanjang-pkp-1843119

KHUTBAH HARI RAYA AIDILFITRI DI RUMAH MUSIM PKPB COVID-19 - VERSI SATU KHUTBAH E

  KHUTBAH HARI RAYA AIDILFITRI DI RUMAH MUSIM PKPB COVID-19 - VERSI SATU KHUTBAH E  Ini ialah teks khutbah semasa PKPB 2020. https://anyflip.com/ibomh/wmxq/

Al-inba' Bisyarhi Matan Al-Bina' Fi `Ilmi Al-Tasrif.

  الإنباء بشرح متن البناء في علم التصريف - مكتبة لسان العرب  Al-inba' Bisyarhi Matan Al-Bina' Fi `Ilmi Al-Tasrif. https://anyflip.com/ibomh/eqmt/

Al-Jawahir Al-Lukluiyyah Fi Alfiah Al-Sirah Al-Nabawiyyah

  الجواهر اللؤلؤية في ألفية السيرة النبوية Al-Jawahir Al-Lukluiyyah Fi Alfiah Al-Sirah Al-Nabawiyyah https://anyflip.com/ibomh/zfbd/

Ibadah Korban

 Nota tentang ibadah korban. https://anyflip.com/ibomh/fnjt/

Kitab Nahu Syafi

 Kitab Nahu Syafi merupakan sebuah kitab berkaitan Nahu dan Sorof. Kitab ini juga digunakan oleh siswa-pendidik IPG. https://anyflip.com/ibomh/siwq/ Tekan link utk Kitab tersebut

Bacaan Rum dalam Al-Quran (Huruf kedua sebelum wakaf bertanda sukun/mati)

  Bacaan Rum Pengertian: Rum ialah mendatangkan sebahagian dari baris suatu huruf di kala wakaf. Bacaan ini hanya boleh didengari oleh orang yang berada dekat dengan pembacanya sahaja. Contoh; ﴿ وَٱلۡ عَصۡرِ   ١ ﴾ [ الـعصر:1] 1.   Demi Masa! [Al 'Asr:1]

Bacaan Tashil dalam Al-Quran

  Bacaan Tashil Pengertian: Bacaan yang dipermudahkan yakni huruf alif selepas hamzah yang digantikan dengan hamzah yang berbaris fathah. Cara bacaannya dengan membunyikan hamzah antara bunyi ha simpul/hamzah dan alif. Contohnya: ﴿ وَلَوۡ جَعَلۡنَٰهُ قُرۡءَانًا أَعۡجَمِيّٗا لَّقَالُواْ لَوۡلَا فُصِّلَتۡ ءَايَٰتُهُۥٓۖ ءَا۬عۡجَمِيّٞ وَعَرَبِيّٞۗ قُلۡ هُوَ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْ هُدٗى وَشِفَآءٞۚ وَٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ فِيٓ ءَاذَانِهِمۡ وَقۡرٞ وَهُوَ عَلَيۡهِمۡ عَمًىۚ أُوْلَٰٓئِكَ يُنَادَوۡنَ مِن مَّكَانِۢ بَعِيدٖ   ٤٤ ﴾ [ فصّلت:44] 44.   Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (AL-Quran itu) m...

Bacaan Naqal dalam Al-Quran (Biksalismu)

Imej
  Bacaan Naqal Pengertian: Bacaan dengan memindahkan baris pada kalimah “ الاسم ”. Wajib dibaca dengan memindahkan baris hamzah kepada lam dalam ayat: ﴿ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٞ مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُواْ خَيۡرٗا مِّنۡهُمۡ وَلَا نِسَآءٞ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيۡرٗا مِّنۡهُنَّۖ وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَلَا تَنَابَزُواْ بِٱلۡأَلۡقَٰبِۖ بِئۡسَ ٱلِٱسۡمُ ٱلۡفُسُوقُ بَعۡدَ ٱلۡإِيمَٰنِۚ وَمَن لَّمۡ يَتُبۡ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ   ١١ ﴾ [ الحُـجُـرات:11] 11.   Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan ja...

Bacaan Imalah dalam Al-Quran (Doa menaiki kapal)

  Bacaan Imalah Pengertian: Bacaan yang cenderung antara bunyi fathah dan bunyi kasrah. Hanya terdapat satu tempat sahaja dalam al-Quran iaitu: ﴿ ۞وَقَالَ ٱرۡكَبُواْ فِيهَا بِسۡمِ ٱللَّهِ مَجۡرٜىٰهَا وَمُرۡسَىٰهَآۚ إِنَّ رَبِّي لَغَفُورٞ رَّحِيمٞ   ٤١ ﴾ [ هود:41] 41.   Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): "Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: ' Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya '. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Hud:41]  https://www.youtube.com/watch?v=5kZLKzBlJsE p/s: Silalah rujuk kitab yang lebih muktabar dan asatizah yang berkelayakan.

Bacaan Isymam dalam Al-Quran (Muncung)

  Bacaan Isymam Pengertian: Isymam ialah memuncungkan mulut menghala kehadapan semasa mendengungkan nun tasydid (nun syaddah) pada kadar satu harkat. Contoh: ﴿ قَالُواْ يَٰٓأَبَانَا مَا لَكَ لَا تَأۡمَ۬ نَّا يُوسُفَ وَإِنَّا لَهُۥ لَنَٰصِحُونَ   ١١ ﴾ [ يوسف:11] 11.   Mereka pun (pergi berjumpa dengan bapa mereka lalu) berkata: Wahai ayah kami! Mengapa ayah tidak percaya kepada kami tentang Yusuf, padahal sesungguhnya kami sentiasa tulus ikhlas mengambil berat kepadanya? [Yusuf:11]  https://www.youtube.com/watch?v=LFKcghgZd24 p/s: Silalah rujuk kitab yang lebih muktabar dan asatizah yang berkelayakan.

Cara Bacaan Huruf Hamzah dalam Al-Quran (Hamzah Wasal dan Hamzah Qata’)

  Bacaan Hamzah Huruf hamzah pada permulaan perkataan terbahagi kepada dua bahagian iaitu: 1.     Hamzah wasal. 2.     Hamzah qata’.   Pengertian hamzah wasal: Hamzah yang kekal ketika memulakan bacaan dan gugur/hilang bunyi hamzah ketika disambungkan. Hamzah ini terdapat pada kalimah isim dan fe`el. (hamzah wasal dikenali dengan huruf alif yang terdapat kepala ص kecil di atasnya) Hamzah wasal pada isim: 1.     Jika terdapat alif lam makrifah, maka hamzahnya dibaca dengan baris fathah. 2.     Jika tidak terdapat alif lam makrifah, maka hamzahnya dibaca dengan baris kasrah. (isim dikenali dengan alif lam makrifah, tanwin dan ta marbutah) Hamzah wasal pada fe`el: 1.     Jika huruf ketiga pada kalimah fe`el berbaris fathah atau kasrah, maka hamzahnya hendaklah dibaca dengan baris kasrah. 2.     Jika huruf ketiga pada kalimah fe`el berbaris dhammah, maka hamzahnya...

Tanda Saktah dalam Al-Quran

  Saktah Bahasa: berdiam. Istilah: menghentikan bacaan sekejap tanpa bernafas dengan kadar masa dua harkat dan menyambung bacaan semula dengan nafas yang sama. Sebahagian ulama menjelaskan bahawa saktah adalah sejenis wakaf yang lemah lembut tanpa bertukar nafas. Tujuannya adalah untuk mengasingkan antara dua kalimah supaya tidak timbul kesamaran dalam pengertian ayat-ayat tersebut. Tanda saktah: س . p/s: Silalah rujuk kitab yang lebih muktabar dan asatizah yang berkelayakan.

Asas Pembelajaran Wakaf (Tanda berhenti dalam Al-Quran)

  Wakaf Bahasa: berhenti atau menahan Istilah: menghentikan bacaan dengan cara memutuskan suara di akhir perkataan sekejap untuk bernafas dengan niat akan menyambung bacaan semula tanpa jarak waktu yang lama. Jenis-jenis wakaf 1.     Wakaf tam (berhenti sempurna): berhenti pada akhir ayat. 2.     Waqaf kaf (berhenti memadai): berhenti pada lafaz yang sempurna tetapi masih pada pertengahan ayat. 3.     Waqaf hasan (berhenti elok): menghentikan bacaan pada rangkai kata yang sempurna maknanya namun masih terikat pada rangkai kata berikutnya. Menyambung bacaan adalah lebih utama. 4.     Wakaf qobih (berhenti buruk): berhenti pada rangkai kata tidak sempurna. 5.     Wakaf jaiz (berhenti harus): berhenti yang tidak merosakkan maknanya. Boleh berhenti atau sambung. 6.     Waqaf ma`anaqah (berhenti terikat): berhenti pada salah satu tanda. Tanda-tanda wakaf م : tanda berhenti laz...

Kerja Kursus Funun Arabi, Penulisan Khat

Imej
Sekadar luahan, dulu mula suka khat sebab crush minat khat. Sekarang masih suka khat sebab mak suka khat. Dalam gambar, biru khat Nasakh, ungu khat Rikiah. Maaf, bukan pakar khat, masih banyak perlu diperbaiki. Moga kita sama-sama belajar. Untuk video saya tulis khat: https://youtu.be/eNb34FX1VeA https://youtu.be/khP78pK4Xsk Ya, bukan dakwah bukan khutbah. Cuma luahan aishhhhh.