Temu Bual Assignment Pn Zu

 

Soalan temu bual


1.    Bolehkah cik perkenalkan diri?


·         Nama Nur Afifah Binti Kula. Berasal dari Sipitang, Sabah. Umur 30 tahun dan masing belum berkahwin.


2.    Berapa lamakah cik berkhidmat sebagai guru di sekolah ini?


·         Mengajar di sekolah merintaman sipitang dari tahun 2015 hingga kini, ini merupakan tahun ketujuh responden mengajar di sini. Mengajar Bahasa melayu, sejarah, reka bentuk teknologi, Pendidikan jasmani.


3.    Pada pandangan encik, apakah perbezaan sosiobudaya yang terdapat di sekolah ini?


·         Perbezaan sosiobudaya adalah tidak ketara, murid banyak berbangsa kedayan, brunei, murut, bugis, iban. Kebanyakkannya ialah kedayan. Perbezaan Bahasa juga tidak terlalu ketara kerana semua murid menggunakan Bahasa melayu. Tiada penggunaan Bahasa cina dan india.


4.    Sepanjang encik menjadi guru di sekolah ini, apakah keunikan sosiobudaya yang terdapat di sekolah ini?


·         Keunikan di sekolah ini yang paling jelas adalah walaupun murid-murid berasal dari pelbagai kaum dan etnik, semua mereka menggunakan Bahasa melayu yang memudahkan komunikasi sesama murid dan guru


5.    Siapakah yang paling banyak membimbing encik untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan budaya baru di sekolah ini?


·         Semua warga sekolah, bermula dengan pentadbir yang menyambut dengan mesra, rakan kerja yang banyak memberikan tunjuk ajar


6.    Apakah cabaran yang dihadapi oleh encik untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang mempunyai kepelbagaian sosiobudaya ini?


·         Dari segi sosiobudaya, tiada banyak cabaran yang dihadapi memandangkan pernah menghadapi sosiobudaya yang sama sebelum ini.


·         Cabaran yang paling sukar dihadapi adalah memahami tingkah laku murid yang pelbagai di dalam kelas memandangkan kesemua mereka mempunyai latar belakang yang berbeza.


7.    Apakah usaha encik untuk mengadaptasi diri dengan kepelbagaian sosiobudaya yang terdapat di sekolah ini?


·         Antara ikhtiar yang dilakukan ialah mengenali murid dengan bertanyakan latar belakang mereka.


·         Terapkan nilai murni dalam diri murid-murid.


8.    Apakah persediaan encik untuk berhadapan dengan murid yang mempunyai latar belakang sosiobudaya yang pelbagai di dalam bilik darjah?


·         Memahami murid, meminta pandangan rakan sekerja.


9.    Bagaimanakah persediaan encik dalam berurusan dengan ibu bapa dan masyarakat setempat di sekolah tersebut?


·         Mengenali sifat dan latar belakang ibu bapa. Bergaul dengan ibu bapa sesuai dengan tahap Pendidikan mereka.


 Apakah perkara yang dapat encik pelajari melalui kepelbagaian sosiobudaya di sekolah ini?

·         Setiap murid itu berbeza walaupun berasal dari kaum yang sama. Mereka perlu dilayan dengan cara yang berbeza.


11.  Pada pandangan encik, apakah implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap cara perlaksanaan PdP yang berkesan dalam bilik darjah?


·         Pembinaan RPH boleh menggabungkan semua murid supaya bergaul walaupun berbeza jantina dan bangsa.


·         Kaedah pengajaran mampu meningkatkan keyakinan murid-murid.


·         Menggunakan kaedah ganjaran untuk meningkatkan keterlibatan murid-murid.


·         Menetapkan peraturan di dalam kelas supaya mereka lebih patuh.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bacaan Naqal dalam Al-Quran (Biksalismu)

Peta i-Think dalam Bahasa Arab

Bacaan Tashil dalam Al-Quran