Fasa Keinsafan
Angin bertiupan tanda hujan akan mendatang. bayu membawa titisan-titisan rahmat berarak memberkati segenap pelusuk kampung di pagi yang tenang. dan aku di sini, melawan berkat disaksikan para malaikat dengan berbuat mungkar. gerimis menitis membasahi bumi, air mata hadir membasahi wajah yang berharap dosa akan hilang dengan sedikit keinsafan lalu akhirnya berulang dengan kitaran yang sama, dosa yang sama, keinsafan yang sama, taubat yang sama dan berulang. lagi dan lagi dan lagi sehingga salah satu berakhir dahulu lalu membentuk kitaran yang baharu. ataupun berakhir dengan kematian yang harapnya husnul khotimah, tertutup dengan kalimah agung yang membezakan penghuni syurga atau sebaliknya. dua kalimah, tiada tuhan selain engkau ya Allah. Dan Muhammad itu Rasulullah. inilah fasa keinsafan, selepas dosa yang ku maksudkan. moga kita diampunkan. amin ya Rabb.
Ulasan
Catat Ulasan