KEMBALI KEPADA FITRAH
{KEMBALI KEPADA FITRAH}
فِطۡرَتَ ٱللَّهِ ٱلَّتِی فَطَرَ ٱلنَّاسَ عَلَیۡهَاۚ
لَا تَبۡدِیلَ لِخَلۡقِ ٱللَّهِۚ
(سورة الروم 30)
(Turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah
menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk
menerimanya.
Tafsiran Imam Ar Razi mengenai ayat ini:
"Seseorang secara fitrahnya mentauhidkan Allah"
Tafsir Imam al Qurtubi pula:
"Agama itu fitrah kerana manusia berakhlak dengannya
atau manusia mempraktikan agama"
Secara ringkasnya fitrah itu mesti kembali kepada agama
yakni agama Islam dan mentauhidkan Allah SWT. Maka, kita seharusnya meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah
SWT selepas ditarbiyah dalam madrasah Ramadhan yang barakah.
Taqwa merupakan kayu ukur bagi kemulian seseorang di sisi
Allah SWT. Moga kita semua telah mencapai objektif Ramadhan dan sentiasa
istiqamah dalam melakukan ketaatan dan amal soleh kepada Allah SWT serta
meninggalkan maksiat.
Kita tidak mahu dalam bulan Ramadhan sahaja kita
memperbanyakan solat, sedekah dan membaca Al Quran, tetapi kita mahu amalan
tersebut berterusan.
Berkata al-Hasan al-Basri:
كل يوم لا يعصى الله فيه فهو عيد
"Setiap hari yang padanya tidak dilakukan maksiat
kepada Allah ialah hari raya"
[Latoif al-Ma'arif, Ibn Rajab al-Hanbali]
Eid Mubarak ✨
مِنْ اَلْعَائِدِيْنَ وَ اَلْفَائِزِيْنَ
تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ
Maaf salah silap sepanjang kami mengurus dan mengelola Pusat
Islam Ipgktar. Moga semua dapat ambil manfaat.
Dari Jawatankuasa Pusat Islam IPGKTAR
Ulasan
Catat Ulasan