WARKAH PENGERUSI PITAR 2020/21

 WARKAH PENGERUSI PITAR 2020/21

23 April 2020 | 1 Ramadhan 1441h

السلام عليكم

الحمد الله وصلىة وسلم على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه،

اما بعد،


Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kerana masih dikurniakan nikmat Iman,Islam, Ihsan serta dapat bertemu lagi dengan bulan yang penuh dengan keberkatan ini, Ramadhan al-Mubarak.

.

Marilah sama-sama kita mengambil peluang yang sangat berharga ini dengan meningkatkan ketakwaan kita dengan bersungguh-sungguh dalam mengejar ganjaran yang Allah SWT dan Rasulullah SAW tawarkan kepada kita dengan melaksanakan ibadah.

.

Ingatlah, dalam setiap ujian pasti terselit hikmah dan rahmat. Sedar atau tidak, Allah SWT luangkan kepada kita banyak waktu lapang dalam masa PKP ini untuk kita dekatkan diri kepada-Nya. Maka,  kita perlulah rebut kesempatan ini dengan melaksanakan pelbagai amal ibadah. Bina lah kekuatan rohani kita dengan utuh bagi menjadi bekalan selepas daripada madrasah Ramadhan ini.

.

Akhir kalam,

.

Tak semua orang diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan. Maka kita yang bertemu dengan Ramadhan ini, gunalah luang waktu ini dengan baik, semoga kita mencapai objektif Madrasah Ramadhan iaitu menjadi orang-orang yang bertakwa kepada Allah.

اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا


Maksudnya : “Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).”

.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak.

.

Ikhlas daripada,

Muhammad 'Ammar Rusydi bin Natdzri.

Pengerusi PITAR 2020/21

.

Ramadhan Kareem


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bacaan Naqal dalam Al-Quran (Biksalismu)

Peta i-Think dalam Bahasa Arab

Cara Bacaan Huruf Hamzah dalam Al-Quran (Hamzah Wasal dan Hamzah Qata’)