PITAR: Puasa Enam Hari Bulan Syawal
Media PITAR 🌸 📆 25 Mei 2020 📆 3 Syawal 1441H ✨ Puasa Enam Hari Bulan Syawal ✨ عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA, meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa (sunat) enam hari dalam bulan Syawal, itu adalah menyamai seperti berpuasa selama setahun." (Hadith riwayat Muslim, no. 1164, Abu Dawud, no. 2433, al-Tirmizi, no. 759, Ibn Majah, no. 1716, Ahmad, no. 22433 & 22454) 🌸 Jumhur fuqaha daripada mazhab al-Syafie, al-Hanbali dan sebahagian fuqaha al-Hanafi dan al-Maliki bersepakat mengatakan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal adalah mustahab (sunat). 🌸 Kaifiyat Puasa Enam Bulan Syawal Imam an-Nawawi rahimahullah berkata:...