Nota Syariat Islam Bersifat Syumuliyyah
Syumuliyyah bermaksud lengkap dan sempurna.
Agama Islam adalah lengkap dan sempurna merangkumi dunia dan akhirat.
Islam bukan agama ibadah (ritual) semata-mata, tetapi dilengkapi dengan peraturan duniawi.
Prinsip Syumuliyyah ada tiga:
1) Kesempurnaan adalah milik Allah SWT.
2) Semua manusia terikat dengan masa, ruang dan tempat tertentu.
3) Allah menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi.
Konsep syumuliyyah ada tiga;
1) Agama tidak dapat dipisahkan daripada hidup manusia.
2) Kehidupan yang dibina atas dasar agama akan membawa kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
3) Kesempurnaan islam dalam kehidupan meliputi semua aspek kehidupan manusia.
Syumuliyyah islam dalam pelbagai aspek antaranya:
1) Ekonomi; mengharuskan jual beli, mengharamkan riba dan penindasan.
2) Perundangan; hudud, kisas, takzir.
3) Sosial: adab pergaulan, hubungan antarabangsa, halal haram, peraturan perang.
Ulasan
Catat Ulasan