MODUL USRAH: SYUKURLAH AKU DILAHIRKAN MUSLIM
Cadangan modul untuk usrah: (tak nak guna pun takpe)
1. Ya atau tidak
▪Naqib menyenaraikan perkara perkara yang sepatutnya seorang manusia bersyukur lakukan. Contohnya: solat fardhu di awal waktu, sentiasa baca alquran, sentiasa solat malam, sentiasa tolong sahabat yang lain, sentiasa lazimi selawat dan istighfar, sentiasa tambah ilmu agama, sentiasa puasa sunat dsb.
▪jika ahli sentiasa buat perkara yg disebutkan, dia boleh menulis ya di bukunya dan jika sebaliknya maka dia hendaklah menulis tidak.
▪tahap kesyukuran masing masing boleh diukur dgn bilangan ya dan tidak. Adakah kita benar benar hamba Allah yang bersyukur?
▪untuk menjadikan modul ini lebih jelas pengajarannya, naqib bolehlah memperbanyakkan soalan untuk ditanya.
2. Kotak beracun (Boleh guna aktiviti ni kalau naqib nak semua ahli usrah bercakap)
▫Naqib menyediakan kertas kertas bergulung yg cukup untuk ahli usrah. Kertas tersebut mengandungi cabaran atau soalan soalan berkenaan tajuk usrah.
▫contoh:
-bagaimana memastikan kita jd hamba bersyukur ats nikmat islam?
-apa maksud islam hanya pada ic?
-kenapa islam dikatakan sebesar besar nikmat?
-dll
Orang bukan islam berusaha cari hidayah, kita bagaimana?
Kalau bukan sekarang, bila lagi nak amal Islam sebenar benarnya?
Ulasan
Catat Ulasan