Nota Syariat Islam Bersifat Rabbaniyyah

 Rabbaniyyah berasal daripada perkataan Rab yang bermaksud Pelindung atau pendidik.

Rabbani bermaksud orang yang makrifah kepada Allah, berpegang teguh kepada agama Allah dan sentiasa taat kepada Allah.

Perinsip Rabbani ada empat iaitu:

1) Agama yang diwahyukan oleh Allah

2) Seluruh makhluk merupakan hak kepunyaan Allah

3) Allah pemberi peraturan hidup

4) Pegangan yang jitu dan bersih daripada kekurangan dan kejahilan dorongan hawa nafsu.


Pembahagian Rabbaniyyah menurut Dr Yusuf Al-Qadrawi ada dua iaitu yang pertama dari sudut matlamat manakala yang kedua ialah dari sudut sumber dan sistem.

Sudut matlamat:

1) Tujuannya jelas: menuju kepada Allah, mencari keredaan Allah.

2) Mengikut panduan fitrah: secara fitrahnya manusia itu beriman, perlu melaksanakan suruhan dan menjauhi larangan.

3) Kesejahteraan jiwa: jiwa akan tenang, tahu matlamat hidup, bersedia menghadapi mati.

4) Bebas kongkongan hawa nafsu dan ego: imbangi dunia dan akhirat, hidup sebagai hamba Allah.

Sudut sumber dan sistem:

1) Al-Quran dan Hadis: segala perlakuan manusia perlu berteraskan panduan tuhan.


https://youtu.be/_ILEmF9qdXo

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bacaan Naqal dalam Al-Quran (Biksalismu)

Peta i-Think dalam Bahasa Arab

Bacaan Tashil dalam Al-Quran