MODUL USRAH: UJIAN BANGKIT ATAU REBAH ?
MODUL USRAH KETIGA 2020
TAJUK: UJIAN BANGKIT ATAU REBAH ?
BAHAN BANTU NUQABA:
Andai merasa perlu, nuqaba bolehlah mencari
pengisian-pengisian berkenaan ujian di internet dan youtube. Yang disertakan di
sini hanya cadangan dan sebahagian kecil sahaja.
https://iluvislam.my/bersyukur-dalam-menghadapi-ujian-hidup/
https://www.ahmadikatu.com/kalah-dalam-menang-itulah-hakikatnya/
https://akuislam.com/blog/renungan/bila-rasa-lemah-itu-menjengah/
ISI DAN SEDIKIT PEGANGAN BERKENAAN
UJIAN:
(boleh
beritahu secara overall sahaja)
1.
Allah
menguji hambanya mengikut kemampuan hamba itu sendiri. Dalil daripada surah al
Baqarah ayat:286 yang bermaksud “Allah tidak akan membebankan hambaNya itu
melainkan dengan apa yang terdaya olehnya.”
2.
Benar kita
rasa penat,sempit,dan susah tetapi yakinlah bahawa apa yang kita hadapi
sekarang ini pasti kita mampu harungi kerana Allah telah berjanji bahawa dia
tidak akan memberi sesuatu yang kita tidak mampu. Sesungguhnya Allah Maha
Menepati Janji.
3.
Allah
menguji hambaNya bukan bermakna Allah membeci kita tetapi Allah mencintai hambaNya
itu dan dengan ujian itu Allah mahukan kita untuk mengingatNya dan kembali ke
jalan yang benar.
4.
Bukan
Allah sudah tidak melihat usaha dan doa – doamu, bukan dia tidak kisah air
matamu, bukan dia tidak peduli dan ingin menyeksa tetapi dia hendak kita tahu
bahawa dia menyayangi hambaNya.
5.
Perancangan
Allah itu lebih baik dan tersusun daripada perancangan kita. Percayalah jalan
yang Allah beri tidak akan mengecewakan
kita. Contohnya, seseorang itu diuji dengan kehilangan salah ahli keluarganya.
Sebagaimana yang kita tahu, kehilangan ahli meluarga merupakan ujian yang besar
dan berat bagi seseorang kerana kehilangan apa yang kita sayang. Tetapi setiap
apa yang hidup pasti akan mati.
6.
Dalil:
surat albaqarah ayat 153 “ Wahai orang – orang yang beriman! Mohonlah
pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat.Sesungguhnya Allah Bersama
orang yang solat.
7.
Hanya diri
kita sahaja dapat menentukan antara kita perlu bangkita atau rebah apabila
ditimpa ujian.
8.
Contohnya,
rasul rasul ulul azmi diuji dengan ujian yang begitu besar dalam kehidupan
mereka, tetapi mereka tidak pernah rebah malah mereka bangkit dan menjadi lebih
kuat dalam meneruskan dakwah Allah .
9.
Dalil:
“bersabarlah seperti sabarnya ulul azmi dari kalangan rasul”. Ayat ini jelas
menerangkan supaya kita terus bersabar dan perlu menjadi lebih kuat apabila
didatangi ujian sama ada berata atau ringan kerana ujian yang datang itu
bertujuan untuk mengingatkan kita tentang kekuasaan Allah.
10.
Kita kena
sabar hadapi ujian kerana yang berTuhan pasti bertahan. Dan Tuhan kita adalah
Allah yang Maha Penyayang. Yakinlah Allah itu hampir, asalkan kita yang tidak
meminggir.
CADANGAN MODUL:
MODUL
1:
Pelaksanaan dan pengajaran:
- Semua ahli usrah duduk di dalam
halaqah dan permainan ini menggunakan kedua belah tangan masing-masing.
- Tangan dibuat seperti gaya ingin
bersalam dan dihalakan ke hadapan. Orang yang memulakan permainan hanya boleh
pass permainan kepada orang sebelah kiri dan kanan sahaja. Untuk pass kepada
orang di sebelah kiri, hendaklah menyebut red lorry dan gaya tangan tadi kekal
cuma dihalakan ke kiri. Begitu juga jika ingin pass kepada orang sebelah kanan.
Ahli hendaklah menghalakan tangan ke kanan tetapi menyebut yellow lorry dengan
cepat. Orang yang di sebelah (yang kena tunjuk) itu pula pass kepada orang yang
dia nak samada kiri atau kanannya.
- Permainan diteruskan dengan cepat dan bersambung
sambung. Jika ahli usrah lambat, tersalah ataupun tersasul menyebut perkataan
sepatutnya, maka dia dikira melakukan satu kesalahan.
- Jika ahli liqa melakukan dua kali kesalahan, maka
dia didenda. Denda yang boleh kita beri ialah dengan menceritakan ujian yang
dia rasakan paling besar dalam hidupnya.
- Perkongsian tentang ujian dalam realiti memberi
banyak pengajaran dan keinsafan kepada ahli yang lain. Kadang-kadang kita rasa
kitalah yang peling teruk diuji tapi apabila dengar cerita orang lain, ia
membuatkan kita bersyukur dan sabar.
MODUL
2:
Pelaksanaan dan pengajaran:
-
Nuqaba menulis nama nama 25 Rasul
dalam kertas kecil dan gulung. Letak dalam sebuah bekas atau kotak.
-
Permainan dimainkan seperti kotak
beracun.
-
Ahli hendaklah menceritakan ujian
yang dihadapi oleh Rasul yang dia dapat. Di samping dapat ilmu tentang ujian,
ahli usrah juga akan belajar Sirah bersama sama.
-
Bukan kita je yang diuji, setiap
Rasul pun ada ujian masing-masing bahkan jauh lebih berat daripada kita sebagai
bukti keimanan dalam diri.
MODUL 3
Pelaksanaan dan pengajaran:
-
Nuqaba menyediakan gambar restoran
sebagai medan selera, perpustakaan atau sudut bacaan sebagai medan ilmu, gambar
dewan exam sebagai medan juang, gambar peperangan sebagai medan tempur dan
gambar2 lain yang dirasakan sesuai oleh nuqaba.
-
Pass gambar tersebut kepada ahli
usrah dan minta pandangan ataupun first impression daripada setiap gambar
tersebut.
-
Nuqaba timbulkan persoalan, ada ke
orang gi medan selera untuk tidur? Ada ke orang masuk dewan exam tetapi tak nak
jawab soalan? Dan lain-lain.
-
Akhir sekali baru lah nuqaba
keluarkan kertas yang tertulis HIDUP. Memang lumrah, hidup adalah medan
ujian. Kita kena faham hakikat itu sepertimana kita faham medan selera adalah
tempat untuk kita makan. Ujian takkan berhenti sampailah mati, sebabtu sabar
pun kena sampai mati. Tenanglah, dan hadapi segala apa yang mendatang dengan
memohon kekuatan dariNya.
MODUL 4
Pelaksanaan dan pengajaran:
-
Setiap ahli usrah lukis ataupun
beritahu satu perkara yang memberi makna kepada dirinya ataupun yang dia suka
ambil pengajaran darinya.
-
Contohnya: Panadol. Pahit, tetapi
menyembuhkan. Begitulah ujian.
-
Sama sama berkongsi agar kita semua
terbuka minda bahawa dunia yang Allah sediakan luas dan banyak ibrah yang boleh
diambil dari sekeliling kita. Dan agar semua terus kuat menghadapi ujianNya.
SELAMAT
BERUSRAH NUQABA SEKALIAN! SEMOGA ALLAH MEMPERMUDAH DAN MEMBALAS USAHA KALIAN
DENGAN SEBAIK-BAIK GANJARAN <3
Ulasan
Catat Ulasan