PERSEDIAAN SEBELUM PBS

 🖋📄 PERSEDIAAN SEBELUM PBS📄🖋


Perkara² ni agak penting, tolong baca yaa..


1. Buat senarai perancangan sebelum ke sekolah

- rangka aktiviti harian yang kita nak buat kat sekolah

- rancang bila nak observe cikgu? Bila nak kumpul maklumat sekolah? Bila nak temubual cikgu, pekerja, murid²?

-susun jadual setiap hari sepanjang pbs tu


2. Hari pertama jumpa GB/PK (perkenalkan diri)

- perkenalkan diri, asal, ipg mana dan beritahu tujuan

- minta seorang mentor untuk bimbing kita (cikgu subjek major kita)

- minta kebenaran nak amik video/gambar

-minta kebenaran nak temubual cikgu², pekerja sekolah + murid²

- jika diberi pilihan, pilih untuk stay di bilik guru (supaya lebih dekat ngan guru² -senang nak tanya apa²)

- tanya persatuan/unit uniform apa yg kita join (hari rabu ada aktiviti koko)

*wajib jadi peramah ye. Makin banyak awak tanya org, makin byk benda boleh tahu. Pengalaman org² lama ni penting jgk tau. Untuk pedoman kita nak apply zaman kita kerja nanti.


3. Mentor (apabila jumpa mentor)

- beritahu tugasan apa yang kita nak selesaikan

- minta kebenaran untuk masuk ke kelas dia (tengok dia mengajar)

- jangan minta utk mengajar kalau tak mampu kalau kena relief, redha je la kut. Handle kelas baik², kalau boleh isi masa budak² dgn benda berfaedah -cerita sirah ke kuiz ke ikutlah


PERKARA PENTING

- nametag

- semua borang yg unit praktikum bagi tu, bawa hari²

- pastikan bateri fon full

- pastikan hari last tu, semua borang PBS di tandatangan dan di cop (cop rasmi mesti ada)

-senyum+tegur dengan semua orang di sekolah (pengusaha kantin, pentadbir, guru², guard, cleaner n lain² lg.

- Baju kena kemas *profession keguruan

- Kalau berkemampuan dan ada nak bg hadiah penghargaan kat sekolah tu, bolehlah tempah plak atau apa je sebelum tu

- Pandai²lah bawa diri ye 😇


All the best. Bittaufiq wannajah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bacaan Naqal dalam Al-Quran (Biksalismu)

Peta i-Think dalam Bahasa Arab

Bacaan Tashil dalam Al-Quran