wanita menurut kaca mata lelaki dan profesional bidang masing2 😀
Semalam dapat macam2 bentuk wasap sempena hari wanita.. Yang kat bawah ni paling kelakar..cc: Kem Dapat Jodoh - KDJ
Selamat Hari wanita 2021.
wanita menurut kaca mata lelaki dan profesional bidang masing2 😀 :
🌹Wanita boleh ingat peristiwa pada jam 5:30 petang, hari Selasa tahun 1995 dengan tepat tanpa tertinggal satu pun fakta. Namun dia lupa kat mana dia letak kerongsang dia. Dan getah rambut.
- Peniaga kerongsang-
🌹Wanita (isteri) sengaja tinggal tanda dalam kereta suami. Samada kasut, selipar anak, kerongsang dan seumpamanya. Ia tanda amaran kepada wanita lain yang naik kereta suaminya bahawa lelaki itu sudah ada isteri.
- Kasanova insaf -
🌹Wanita ni, kalau dia tengah marah, kita jawab lagi dia marah. Kita diam pun kena marah. Buat-buat mati pun dia datang cekik lagi.
- Brader rock -
🌹Berhujah dengan wanita ni, usahkan nak menang. Seri pun belum tentu.
- bekas wakil rakyat -
🌹Wanita suka makan. Tapi tak suka gemuk. Dia diet sehari, 18x naik penimbang. 🤦♂️
- coach fitness -
🌹Lelaki akan letak nama isteri sebagai penerima pampasan takaful. Namun wanita akan letak nama anak-anak. Pun masih kata lelaki tidak setia. 🤦♂️
- Abam takaful -
🌹"Abang, saya dah tak ada tudung nak pakai. Beli baru jom". - wanita -
Kau buka almari, ada 365 helai dah tudung dia. Pun kata tiada. 🤦♂️
- kontraktor-
🌹Bergaduh dengan wanita ni, menang malu. Kalah pun malu.
- tok guru silat -
🌹Jangan sesekali tanya wanita "Nak makan apa". Just don't!
- Bekas banduan -
🌹"Abang. Duduk sat. Ada benda saya nak bincang". - wanita -
Siap sedialah lelaki. Dia dah ready dengan fakta sains dan risikan dari CIA, FBI, Bukit Aman segala dah tu. Doalah banyak-banyak masa ni. Aku tak leh tolong.
- inspektor sahab Singh-
🌹"Saya makin gemuk ke bang?" - wanita -
Kau jawab jujur dia marah, kau tipu dia tak percaya. Ehh.. ko nak apa sebenarnya?
- pengantin baru-
🌹Diam wanita lebih bahaya dari dia membebel tak henti-henti.
- penceramah motivasi-
🌹Wanita kalau dia kata, "sekali ni je bang". Kau jangan percaya. Kau percaya, kau bodoh.
- UAI -
🌹Wanita baca kes suami curang, tonton filem lelaki jahat, kau yang kena marah. Confirm!
- drebar teksi -
🌹Jangan hilangkan waima tudung botol kecil Tupperware. Satu set kau kena ganti. Selagi tak ganti, bernanah telinga dengar bebelan dia.
- pakar e. n. t -
🌹Bila wanita masak resepi baru, maniskan muka terus puji sedap. Kalau jujur, berkarat kuali kat rumah. Hadap la megi hari-hari.
- chef -
🌹Sebahaya periuk api, bahaya lagi tudung wanita baru lepas gosok.
- mejar (B) -
🌹Wanita punya kuasa, bila dia tempik kat anak suruh pergi mandi, dengan kau sekali melompat pergi mandi.
- bapa mithali-
🌹Jangan sesekali baca wasap lepas tu senyum-senyum. Jangan!
- arkitek pencen-
🌹Tangan yang menghayun buaian,mampu menggoncang dunia...
--jurutera pencen--
🌹Jangan terkejut kalau suami bangun-bangun tidur terus kena marah sebab malam tu isteri mimpi suami kahwin lagi satu.. 🤣 🤣
~ zaujah dari syurga~
🌹wanita kata "Lelaki semuanya sama!"
Masa nak pilih buat laki, kemain lagi demand nak macam tu macam ni. Kalau dah semua sama, buat apa memilih.
-auditor-
WANITA
Matanya mampu mengesan segala benda dalam rumah. Apa yang kau cari tak jumpa kau tanyalah dia. Pasti dia nampak walau benda itu tersorok bawah karpet sekalipun.
Ulasan
Catat Ulasan