Temu bual PBS 3

 Soalan temu bual

1.    Bolehkah encik perkenalkan diri?

·         Nama Aiman Bin Abd Aziz, umur 26 tahun, berasal dari Yan, Kedah. Belajar di Beijing Foreign Studies University. Mengambil diploma Pendidikan PDPLI di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak. Kini mengajar di Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara dalam mata pelajaran Bahasa Manderin.

2.    Berapa lamakah encik berkhidmat sebagai guru di sekolah ini?

·         Baru melaporkan diri buat kali pertama di Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara (SKDWK) pada 15 Februari 2021. Termasuk minggu ini, baru minggu kedua mengajar secara bersemuka bersama murid-murid.

3.    Pada pandangan encik, apakah perbezaan sosiobudaya yang terdapat di sekolah ini?

·         Perbezaan sosiobudaya adalah tidak ketara kerana latar pendidikan sekolah rendah juga mempunyai sosiobudaya sama dengan sekolah SDKWK ini dari segi bangsa dan bilangan murid.

·         Majoriti murid adalah bangsa Melayu dan jumlah murid adalah sekitar 1000 lebih.

4.    Sepanjang encik menjadi guru di sekolah ini, apakah keunikan sosiobudaya yang terdapat di sekolah ini?

·         Keunikan di sekolah ini yang paling jelas adalah hubungan antara guru-guru dalam sekolah ini. Kerjasama antara mereka adalah sangat padu.

·         Kerjasama ini dilihat sendiri sebelum sekolah dibuka, guru berkerjasama gotong-royong persekitaran sekolah.

5.    Siapakah yang paling banyak membimbing encik untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan budaya baru di sekolah ini?

·         Semua guru banyak membantu membimbing bagi meyesuaikan diri.

·         Semua guru di sini adalah ‘guru lama’ yang banyak pengalaman dan rajin berkongsi maklumat.

6.    Apakah cabaran yang dihadapi oleh encik untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang mempunyai kepelbagaian sosiobudaya ini?

·         Dari segi sosiobudaya, tiada banyak cabaran yang dihadapi memandangkan pernah menghadapi sosiobudaya yang sama sebelum ini.

·         Cabaran yang paling sukar dihadapi adalah jumlah murid yang ramai di dalam satu-satu kelas yang rata-ratanya adalah 30 hingga 40 orang murid per kelas.

·         Dulu, praktikum di jalankan di Sekolah Orang Asli yang murid-muridnya sekitar 15 orang per kelas.

7.    Apakah usaha encik untuk mengadaptasi diri dengan kepelbagaian sosiobudaya yang terdapat di sekolah ini?

·         Antara ikhtiar yang dilakukan ialah menghubungi rakan belajar yang mempunyai pengalaman mengajar di kelas yang ramai murid.

·         Meminta pendapat dan nasihat untuk pengajaran dan pembelajaran.

8.    Apakah persediaan encik untuk berhadapan dengan murid yang mempunyai latar belakang sosiobudaya yang pelbagai di dalam bilik darjah?

·         Menyediakan bahan pengajaran dan bahan bantu mengajar yang dianggap sesuai untuk digunakan.

9.    Bagaimanakah persediaan encik dalam berurusan dengan ibu bapa dan masyarakat setempat di sekolah tersebut?

·         Memaklumkan tentang mata pelajaran yang hendak diajar.

10.  Apakah perkara yang dapat encik pelajari melalui kepelbagaian sosiobudaya di sekolah ini?

·         Tiada kerana pernah mempunyai pengalaman yang sama di masa lepas.

11.  Pada pandangan encik, apakah implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap cara perlaksanaan PdP yang berkesan dalam bilik darjah?

·         Tiada kerana pernah mempunyai pengalaman yang sama di masa lepas.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bacaan Naqal dalam Al-Quran (Biksalismu)

Peta i-Think dalam Bahasa Arab

Bacaan Tashil dalam Al-Quran