Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2022

National Key Result Areas NKRA

National Key Result Areas NKRA NKRA bukanlah dibuat khusus untuk sektor pendidikan tetapi terdapat bahagian pendidikan di dalamnya iaitu meluaskan akses kepada pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan. Intinya, impak yang dibawa oleh NKRA ialah pertamanya pertambahan prasekolah. Kedua adalah pemerkasaan dalam LINUS iaitu Literacy and Numeracy Screening iaitu program intervensi yang dirangka untuk membolehkan murid memperoleh asas literasi (bahasa Malaysia) danasas numerasi semasa di sekolah rendah. dalam erti kata lain, 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Ketiganya ialah penubuhan sekolah berprestasi tinggi bagi memberikan layanan istimewa kepada murid-murid yang kebolehannya di atas rata-rata. Keempat ialah penawaran baharu, iaitu pemberian wang tunai kepada guru besar dan pengetua yang berprestasi cemerlang.

PIPP Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

PIPP iaitu pelan induk pembangunan Pendidikan diperkenalkan bagi mewujudkan Pendidikan yang berkualiti dan melahirkan modal insan bagi memenuhi wawasan 2020. Dua pendekatannya ialah yang pertama memberikan peluang kesamarataan dalam Pendidikan dengan menyelesaikan perkara yang belum selesai. Pendekatan kedua adalah untuk mencapai kecemerlangan dalam Pendidikan. Dalam pendekatan pertama, Pendidikan yang adil diberikan kepada semua murid-murid dengan penekanan 3M iaitu membaca, menulis, mengira serta melibatkan penggunaan ICT dalam pembelajaran. Dalam pendekatan kedua, KPM memberikan layanan khusus kepada sekolah yang cemerlang dan mengenal pasti sekolah-sekolah kluster. Ada enam teras strategik di dalamnya, pertama adalah membina negara bangsa, yakni memantapkan perpaduan rakyat Malaysia. Kedua adalah membangunkan modal insan iaitu dari segi pengetahuan dan disiplin. Ketiga adalah pemerkasaan sekolah kebangsaan, iaitu membuatkan SK menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Keempat ad

Cabaran Dakwah Nabi-Nabi Sebagai Pendidik

Nabi-nabi boleh dianggap sebagai pendidik yang membimbing umatnya ke jalan yang diredhai Allah. Setiap nabi mempunyai cabaran dalam mendidik umat mereka. Bagi Nabi Musa cabaran yang dihadapi yang pertama adalah umatnya yang membuat kebatilan Ketika di luar pantauannya. Peristiwa yang dimaksudkan adalah Ketika bani Israel menyembah sapi emas buatan samiri Ketika ketiadaan nabi musa. Cabaran kedua adalah umatnya yang berlebihan dalam membuat permintaan. Hal ini dilihat Ketika bani Israel meminta untuk melihat Allah secara berdepan dengan mata kepala mereka sendiri. Ketiga adalah umat baginda yang degil walaupun telah diberikan arahan iaitu Ketika mereka berdalih untuk masuk ke Baitul maqdis. Cabaran bagi nabi isa pula adalah yang pertama diancam oleh orang ramai dan dikhianati oleh kaumnya sendiri. Keduanya adalah kaumnya tidak dapat menerima pembaharuan di mana bani Israel masih teguh dengan taurat. Dalam kisah nabi Ibrahim, baginda perlu membuat pengorbanan yang besar dalam hidup

Muallim, Mudarris, Muaddib, Mursyid

Muallim berasal daripada perkataan allama iaitu menyampai ilmu. Guru sebagai penyampai ilmu iaitu dengan mengajar di dalam kelas. Mudarris berasal daripada perkataan darrasa yang bermaksud ajar. Mudarris maksudnya pengajar, hanya mengajarkan ilmu sehingga difahami oleh murid dengan benar. Muaddib berasal daripada perkataan taddib yang bermaksud mendidik. Muaddib bermaksud mendidik di mana guru menyampaikan ilmu serta memberikan penekanan kepada pembentukan akhlak. Murabbi berasal daripada perkataan rabba, yarbi, tarbiyah yang bermaksud pentadbir yang mencurahkan kasih sayang. Dalam hal ini, guru bertindak bukan sahaja menyampaikan ilmu, membentuk akhlak murid, tetapi juga memelihara murid dengan kasih sayang seperti anak sendiri. Mursyid berasal perkataan arsyada iaitu menunjuk, ertinya mursyid itu guru sebagai pemberi petunjuk atau istilah kotemporerinya mentor. Tugas mursyid ialah kesemua tugasan yang telah disebutkan sebelum ini dengan tambahan menunjukkan hak dan batil, mem

Dasar Pendidikan Negara

Pendidikan negara terbina di atas enam dasar iaitu penyata Razak, laporan Rahman talib, kajian aminuddin baki, laporan jawatankuasa kabinet, falsafah Pendidikan kebangsaan dan akta Pendidikan 1996. Semuanya bermula daripada penyata Razak di mana Pendidikan di Malaysia dilaksanakan dengan matlamat bagi memupuk perpaduan kaum dan melahirkan tenaga kerja yang diperlukan oleh negara. Pendidikan yang dilaksanakan juga bermatlamatkan bagi melahirkan warganegara yang seimbang dan mampu menyumbang kepada keharmonian negara. Kemudian semua dasar Pendidikan terdahulu disemak semula lalu melahirkan laporan Rahman talib. Daripada laporan Rahman talib pula, Bahasa melayu diangkat menjadi Bahasa pengantar, Pendidikan dan perpaduan. Semua kaum berkomunikasi dalam satu Bahasa yang sama untuk memupuk perpaduan. Kurikulum yang sama diadakan bagi semua sekolah iaitu kurikulum yang berorientasikan negara agar dapat memupuk semangat cinta akan negara dalam diri semua murid. Dua mata pelajaran penting d

Profesion, Profesional, Profesionalisme

Profession bermaksud pekerjaan atau kerjaya yang dilakukan dalam kehidupan. Pekerjaan yang dimaksudkan adalah yang memerlukan latihan dalam tempoh masa yang tertentu bagi menguasainya seperti perubatan atau kejuruteraan. Kerjaya seperti ini memerlukan Latihan ikhtisas yang formal serta perlu memenuhi kualiti-kualiti yang telah ditetapkan. Ringkasnya, profesion adalah kerjaya. Profesional adalah ciri yang terdapat pada seseorang yang berprofesion ataupun berkerjaya. Seorang yang profesional dianggap sebagai seorang yang kompetent, efisyen, berpengalaman, berkelayakan dan berkemahiran dalam menjalankan profesionnya itu. Kesemua kualiti ini hanya diperoleh daripada Latihan ikhtisas yang diterima sebelum atau semasa menjawat sesuatu profesion. Kualiti seorang yang profesional adalah seperti mempunyai akuntabiliti, keyakinan, integrity, patuh pada peraturan dan setia terhadap profesionnya. Profesionalisme pula adalah kecekapan dan kemahiran yang diharapkan daripada seseorang yang prof