Cabaran Dakwah Nabi-Nabi Sebagai Pendidik
Nabi-nabi boleh dianggap sebagai pendidik yang membimbing umatnya ke jalan yang diredhai Allah. Setiap nabi mempunyai cabaran dalam mendidik umat mereka. Bagi Nabi Musa cabaran yang dihadapi yang pertama adalah umatnya yang membuat kebatilan Ketika di luar pantauannya. Peristiwa yang dimaksudkan adalah Ketika bani Israel menyembah sapi emas buatan samiri Ketika ketiadaan nabi musa. Cabaran kedua adalah umatnya yang berlebihan dalam membuat permintaan. Hal ini dilihat Ketika bani Israel meminta untuk melihat Allah secara berdepan dengan mata kepala mereka sendiri. Ketiga adalah umat baginda yang degil walaupun telah diberikan arahan iaitu Ketika mereka berdalih untuk masuk ke Baitul maqdis. Cabaran bagi nabi isa pula adalah yang pertama diancam oleh orang ramai dan dikhianati oleh kaumnya sendiri. Keduanya adalah kaumnya tidak dapat menerima pembaharuan di mana bani Israel masih teguh dengan taurat. Dalam kisah nabi Ibrahim, baginda perlu membuat pengorbanan yang besar dalam hidup...