Catatan

Tunjukkan catatan dari 2022

PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

 PPPM sangat kompleks memandangkan matlamat jangka masanya yang panjang iaitu dari 2013 hingga 2025 (lebih kurang 12 tahun). namun secara ringkasnya terdapat beberapa aspirasi dalam PPPM ini. pertama adalah aspirasi sistem, di dalamnya ada 5 aspirasi iaitu akses (enrolmen atau kehadiran 100%), kualiti (keputusan cemerlang dalam peperiksaan antarabangsa), ekuiti (menghilangkan jurang pendidikan), perpaduan (murid berakhlak dan menghargai nilai) dan kecekapan (keberhasilan murid yang tinggi). keduanya adalah aspirasi murid di mana ada enam semuanya iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, identiti nasional dan etika serta kerohanian

National Key Result Areas NKRA

National Key Result Areas NKRA NKRA bukanlah dibuat khusus untuk sektor pendidikan tetapi terdapat bahagian pendidikan di dalamnya iaitu meluaskan akses kepada pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan. Intinya, impak yang dibawa oleh NKRA ialah pertamanya pertambahan prasekolah. Kedua adalah pemerkasaan dalam LINUS iaitu Literacy and Numeracy Screening iaitu program intervensi yang dirangka untuk membolehkan murid memperoleh asas literasi (bahasa Malaysia) danasas numerasi semasa di sekolah rendah. dalam erti kata lain, 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Ketiganya ialah penubuhan sekolah berprestasi tinggi bagi memberikan layanan istimewa kepada murid-murid yang kebolehannya di atas rata-rata. Keempat ialah penawaran baharu, iaitu pemberian wang tunai kepada guru besar dan pengetua yang berprestasi cemerlang.

PIPP Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

PIPP iaitu pelan induk pembangunan Pendidikan diperkenalkan bagi mewujudkan Pendidikan yang berkualiti dan melahirkan modal insan bagi memenuhi wawasan 2020. Dua pendekatannya ialah yang pertama memberikan peluang kesamarataan dalam Pendidikan dengan menyelesaikan perkara yang belum selesai. Pendekatan kedua adalah untuk mencapai kecemerlangan dalam Pendidikan. Dalam pendekatan pertama, Pendidikan yang adil diberikan kepada semua murid-murid dengan penekanan 3M iaitu membaca, menulis, mengira serta melibatkan penggunaan ICT dalam pembelajaran. Dalam pendekatan kedua, KPM memberikan layanan khusus kepada sekolah yang cemerlang dan mengenal pasti sekolah-sekolah kluster. Ada enam teras strategik di dalamnya, pertama adalah membina negara bangsa, yakni memantapkan perpaduan rakyat Malaysia. Kedua adalah membangunkan modal insan iaitu dari segi pengetahuan dan disiplin. Ketiga adalah pemerkasaan sekolah kebangsaan, iaitu membuatkan SK menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Keempat ad...

Cabaran Dakwah Nabi-Nabi Sebagai Pendidik

Nabi-nabi boleh dianggap sebagai pendidik yang membimbing umatnya ke jalan yang diredhai Allah. Setiap nabi mempunyai cabaran dalam mendidik umat mereka. Bagi Nabi Musa cabaran yang dihadapi yang pertama adalah umatnya yang membuat kebatilan Ketika di luar pantauannya. Peristiwa yang dimaksudkan adalah Ketika bani Israel menyembah sapi emas buatan samiri Ketika ketiadaan nabi musa. Cabaran kedua adalah umatnya yang berlebihan dalam membuat permintaan. Hal ini dilihat Ketika bani Israel meminta untuk melihat Allah secara berdepan dengan mata kepala mereka sendiri. Ketiga adalah umat baginda yang degil walaupun telah diberikan arahan iaitu Ketika mereka berdalih untuk masuk ke Baitul maqdis. Cabaran bagi nabi isa pula adalah yang pertama diancam oleh orang ramai dan dikhianati oleh kaumnya sendiri. Keduanya adalah kaumnya tidak dapat menerima pembaharuan di mana bani Israel masih teguh dengan taurat. Dalam kisah nabi Ibrahim, baginda perlu membuat pengorbanan yang besar dalam hidup...

Muallim, Mudarris, Muaddib, Mursyid

Muallim berasal daripada perkataan allama iaitu menyampai ilmu. Guru sebagai penyampai ilmu iaitu dengan mengajar di dalam kelas. Mudarris berasal daripada perkataan darrasa yang bermaksud ajar. Mudarris maksudnya pengajar, hanya mengajarkan ilmu sehingga difahami oleh murid dengan benar. Muaddib berasal daripada perkataan taddib yang bermaksud mendidik. Muaddib bermaksud mendidik di mana guru menyampaikan ilmu serta memberikan penekanan kepada pembentukan akhlak. Murabbi berasal daripada perkataan rabba, yarbi, tarbiyah yang bermaksud pentadbir yang mencurahkan kasih sayang. Dalam hal ini, guru bertindak bukan sahaja menyampaikan ilmu, membentuk akhlak murid, tetapi juga memelihara murid dengan kasih sayang seperti anak sendiri. Mursyid berasal perkataan arsyada iaitu menunjuk, ertinya mursyid itu guru sebagai pemberi petunjuk atau istilah kotemporerinya mentor. Tugas mursyid ialah kesemua tugasan yang telah disebutkan sebelum ini dengan tambahan menunjukkan hak dan batil, mem...

Dasar Pendidikan Negara

Pendidikan negara terbina di atas enam dasar iaitu penyata Razak, laporan Rahman talib, kajian aminuddin baki, laporan jawatankuasa kabinet, falsafah Pendidikan kebangsaan dan akta Pendidikan 1996. Semuanya bermula daripada penyata Razak di mana Pendidikan di Malaysia dilaksanakan dengan matlamat bagi memupuk perpaduan kaum dan melahirkan tenaga kerja yang diperlukan oleh negara. Pendidikan yang dilaksanakan juga bermatlamatkan bagi melahirkan warganegara yang seimbang dan mampu menyumbang kepada keharmonian negara. Kemudian semua dasar Pendidikan terdahulu disemak semula lalu melahirkan laporan Rahman talib. Daripada laporan Rahman talib pula, Bahasa melayu diangkat menjadi Bahasa pengantar, Pendidikan dan perpaduan. Semua kaum berkomunikasi dalam satu Bahasa yang sama untuk memupuk perpaduan. Kurikulum yang sama diadakan bagi semua sekolah iaitu kurikulum yang berorientasikan negara agar dapat memupuk semangat cinta akan negara dalam diri semua murid. Dua mata pelajaran penting d...

Profesion, Profesional, Profesionalisme

Profession bermaksud pekerjaan atau kerjaya yang dilakukan dalam kehidupan. Pekerjaan yang dimaksudkan adalah yang memerlukan latihan dalam tempoh masa yang tertentu bagi menguasainya seperti perubatan atau kejuruteraan. Kerjaya seperti ini memerlukan Latihan ikhtisas yang formal serta perlu memenuhi kualiti-kualiti yang telah ditetapkan. Ringkasnya, profesion adalah kerjaya. Profesional adalah ciri yang terdapat pada seseorang yang berprofesion ataupun berkerjaya. Seorang yang profesional dianggap sebagai seorang yang kompetent, efisyen, berpengalaman, berkelayakan dan berkemahiran dalam menjalankan profesionnya itu. Kesemua kualiti ini hanya diperoleh daripada Latihan ikhtisas yang diterima sebelum atau semasa menjawat sesuatu profesion. Kualiti seorang yang profesional adalah seperti mempunyai akuntabiliti, keyakinan, integrity, patuh pada peraturan dan setia terhadap profesionnya. Profesionalisme pula adalah kecekapan dan kemahiran yang diharapkan daripada seseorang yang prof...

JURNAL PENDIDIKAN

2018 JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN GURU JILID 13 https://www.moe.gov.my/penerbitan1/3078-jurnal-penyelidikan-pendidikan-guru-jilid-13-2018/file 2019 JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN GURU JILID 14 https://www.moe.gov.my/penerbitan1/3079-jurnal-penyelidikan-pendidikan-guru-jilid-14-2019/file 2020 JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN GURU JILID 15 https://www.moe.gov.my/penerbitan1/3871-jurnal-penyelidikan-pendidikan-guru-jilid-15-2020/file JURNAL PENYELIDIKAN GURU JILID 16  https://www.moe.gov.my/penerbitan1/3872-jurnal-penyelidikan-guru-jilid-16-2020/file 2021 JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN GURU JILID 17 https://www.moe.gov.my/penerbitan1/5262-jurnal-penyelidikan-pendidikan-guru-jilid-17-2021-1/file JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN GURU JILID 18 https://www.moe.gov.my/penerbitan1/5263-jurnal-penyelidikan-pendidikan-guru-jilid-18-2021-1/file JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN JILID 22 https://www.moe.gov.my/penerbitan1/4819-jurnal-penyelidikan-pendidikan-jilid-22-tahun-2021/file

Fasa Keinsafan

 Angin bertiupan tanda hujan akan mendatang. bayu membawa titisan-titisan rahmat berarak memberkati segenap pelusuk kampung di pagi yang tenang. dan aku di sini, melawan berkat disaksikan para malaikat dengan berbuat mungkar. gerimis menitis membasahi bumi, air mata hadir membasahi wajah yang berharap dosa akan hilang dengan sedikit keinsafan lalu akhirnya berulang dengan kitaran yang sama, dosa yang sama, keinsafan yang sama, taubat yang sama dan berulang. lagi dan lagi dan lagi sehingga salah satu berakhir dahulu lalu membentuk kitaran yang baharu. ataupun berakhir dengan kematian yang harapnya husnul khotimah, tertutup dengan kalimah agung yang membezakan penghuni syurga atau sebaliknya. dua kalimah, tiada tuhan selain engkau ya Allah. Dan Muhammad itu Rasulullah. inilah fasa keinsafan, selepas dosa yang ku maksudkan. moga kita diampunkan. amin ya Rabb.

Tahap Dalam Tauhid

 Makrifat Taqlid baik Jahil murakkab Taqlid batil _______________________________________ Hukum terbahagi kepada 3 ‌aqli - wajib, mustahil, harus. ‌syarie - wajib, sunat, haram, makruh, mubah(harus), sahih (sah), batil (batal). ‌hukum Adi (adat) - adat kebiasaan. Cthnya: kalau makan, kenyang.  Sifat 20 telah ditentukan dengan dalil naqli dan aqli.

Istilah Asas Tauhid

 Tafsiran dalam kitab bagi perkataan Wahid, mustahil, dan harus: Barang yang wajib (bagi) Barang yang mustahil (atas) Barang yang harus (bagi) Maani adalah sifat yang wujudi,(ada dan sungguh), sifat manawiyah adalah utk menguatkan sifat Maani. Amrun ittibari adalah sifat yang ada hanya pada kira-kira. Belajar Usuluddin memberikan kemenangan dengan syurga Allah kerana tidak mensyirikkan Allah.

Korban

 Syarat korban: Kena ikhlas, bersungguh sungguh, selari dengan sunnah, dan berikan yang terbaik. Korban wajib, tuan yg berkorban haram makan. Korban sunat, haram jual tapi boleh dimakan.

Hadis Perempuan Tulang Rusuk Lelaki

 Hadis: pesanlah kepada perempuan, sesungguhnya perempuan itu diciptakan dari tulang rusuk yang paling bengkok, nak luruskan nanti akan patah, jika dibiarkan ia akan terus bengkok. Maka berbuat baik lah pada mereka. Kena kenal sifat pasangan. Tulang rusuk, maksud bengkok: 1) ada yg kata sebagai metafora, tulang rusuk dekat di hati, tapi tidak lurus. Mereka lebih tidak menggunakan rasional. Mereka kuat bermain emosi. Maksud patahkan: 1) berlaku penceraian. Perempuan kuat cemburu berbanding lelaki. Perempuan seorang yang sangat penyayang. Tempat disimpan bayi sebelum lahir dipanggil rahim yang bermaksud sayang.

Hilangkan Was-was Dalam Bersuci

 Lepas kencing, renjis secupak tangan air pada kemaluan. Jika terlihat air pada hujung kemaluan, ingat yg tu air yg kita renjis. Itulah cara hilangkan was-was. Jika was-was dengan mandi wajib, ingat, nabi mandi secebok air ja untuk mandi wajib, dan sah. Kita yg mandi lebih banyak dr nabi, kompom kena dan sah. itulah cara hilangkan was-was.

Hadis Wasitah Rasul 3

 Hadis Wasitah rasul = wasiat nabi L3- اتقوا الله P3- اتقين الله dlm Al-Quran ada dituju kpd pompuan. Kisah seorang perempuan minta berlindung dari nabi kerana ajaran isteri2 nabi yg cemburu. Perempuan itu seorang yg cantik dan beriman. Akhirnya nabi ceraikan dia tanpa sempat bersama. Khadam dlm Mesir dipanggil bawab. Aishah pernah berkata, kamu masih ingat si tua itu, yg hanya bergusi, sedang dihadapanmu yg kemerah-merahan, Allah telah gantikannya dengan yg lebih baik iaitu aq. Nabi jawap, demi allah, Allah xpernah gantikannya dengan yg lebih baik, dia beriman kpdku disaat manusia lainnya kufur. Dia membenarkan aq disaat manusia lainnya mengatakan aq dusta. Dia menghabiskan seluruh hartanya demi dakwah ini. Dan hanya dari dia ku dikurniakan anak berbanding perempuan2 lain. Cara dptkan taraf Siddiq ialah masa sorang dan masa bersama org Adalah sama.   Hebat 3 org; dia pemurah walau tiada apa, warak ketika bersendirian, berkata hak kepada org yg kita takut atau org yg kita...

Hadis Wasitah Rasul 2

 Hadis Wasitah rasul = wasiat nabi L3- اتقوا الله P3- اتقين الله dlm Al-Quran ada dituju kpd pompuan. Kisah seorang perempuan minta berlindung dari nabi kerana ajaran isteri2 nabi yg cemburu. Perempuan itu seorang yg cantik dan beriman. Akhirnya nabi ceraikan dia tanpa sempat bersama. Khadam dlm Mesir dipanggil bawab. Aishah pernah berkata, kamu masih ingat si tua itu, yg hanya bergusi, sedang dihadapanmu yg kemerah-merahan, Allah telah gantikannya dengan yg lebih baik iaitu aq. Nabi jawap, demi allah, Allah xpernah gantikannya dengan yg lebih baik, dia beriman kpdku disaat manusia lainnya kufur. Dia membenarkan aq disaat manusia lainnya mengatakan aq dusta. Dia menghabiskan seluruh hartanya demi dakwah ini. Dan hanya dari dia ku dikurniakan anak berbanding perempuan2 lain. Sunat jibiliah ialah sunat yg nabi buat sebab nabi manusia biasa. Cthnya nabi pakai jubah sebab nabi org Arab. Ada yg kata buat sunnah ni xdpt pahala pon. Tp bila kita buat sebab sayang nabi, kita pasti dpt paha...

Hadis Wasitah Rasul

 Hadis Wasitah rasul = wasiat nabi L3- اتقوا الله P3- اتقين الله dlm Al-Quran ada dituju kpd pompuan. Kisah seorang perempuan minta berlindung dari nabi kerana ajaran isteri2 nabi yg cemburu. Perempuan itu seorang yg cantik dan beriman. Akhirnya nabi ceraikan dia tanpa sempat bersama. Khadam dlm Mesir dipanggil bawab. Aishah pernah berkata, kamu masih ingat si tua itu, yg hanya bergusi, sedang dihadapanmu yg kemerah-merahan, Allah telah gantikannya dengan yg lebih baik iaitu aq. Nabi jawap, demi allah, Allah xpernah gantikannya dengan yg lebih baik, dia beriman kpdku disaat manusia lainnya kufur. Dia membenarkan aq disaat manusia lainnya mengatakan aq dusta. Dia menghabiskan seluruh hartanya demi dakwah ini. Dan hanya dari dia ku dikurniakan anak berbanding 

Teguran Buat Imam Tarawih

 Antara kesalahan yang sering berlaku dalam kalangan bilal ketika mengajak orang menunaikan solat tarawih dan solat witir adalah menambah ال pada perkataan الصلاة. Pertama: الصلاة التراويح ❌ Kedua: الصلاة الوتر ❌ Sepatutnya tanpa ال pada perkataan solat. Sepatutnya begini: صلاة التراويح ✅ صلاة الوتر ✅ Jadi, bilal akan sebut begini: صلاة التراويح من قيام شهر رمضان أثابكم الله صلاة الوتر أثابكم الله Itulah pentingnya Arabic Education. Tidak menambah ال sesuka hati pada tempat yang diinginkannya.  Apapun, banyakkan solat sunat dan baca al-Quran. Semoga Ramadan kali ini kebaikan yang anda lakukan bertambah banyak dan dapat dikekalkan pada bulan-bulan seterusnya.

Perpaduan dan Asabina (Pembinaan Resolusi)

  PERBINCANGAN PROGRAM ASABINA 1.     PEMAHAMAN 1.1   - Maksud perpaduan yang difahami ialah perpaduan merupakan penerimaan rakyat Malaysia bahawa negara Malaysia adalah bersifat majmuk. - Perpaduan juga ialah satu proses menyatupadukan rakyat Malaysia dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan budaya yang boleh hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni. - Perpaduan turut berkait dengan kesatuan dan kesepaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama 1.2 Perpaduan ialah penyatuan dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan jiran mereka. Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial   yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang ataupun sains kemasyarakatan.    Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat adalah berbeza. Dalam masyarakat, rngkas atau biasa, ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan saling menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat ...

Hasil Bacaan Buku Sudut Pandang Muhyiddin Yassin

  Pendidikan Prasekolah - Membentuk sahsiah dan perwatakan murid. - Menyediakan murid untuk memasuki sekolah. - Memperkenalkan murid kepada kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Program Literasi dan Numerasi - Menekankan kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. - Literasi melibatkan kemahiran membaca dan menulis. - Melibatkan kemahiran kira-kira. - Kemahiran-kemahiran ini ditekankan pada tempoh tiga tahun pertama murid di sekolah. - Melibatkan murid tahun 1 hingga 6. - Tujuan bagi menghapuskan buta huruf dalam kalangan murid. Bai'ah (Tawaran Baharu) - Ganjaran berbentuk wang tunai diberikan kepada guru besar dan pengetua yang cemerlang. - Kecemerlangan diukur dari sudut kepimpinan dalam pengurusan, tahap akademik sekolah, perlaksanaan kokurikulum dan banyak lagi. - Semua guru besar dan pengetua mempunyai peluang yang sama. Sekolah Berprestasi Tinggi - Secara umumnya merupakan sekolah terbaik di Malaysia. - Semua sekolah mempunyai...

Cara Mendapatkan Islam

 Cara Mendapatkan Islam 1) Syahadah 2) Islam sejak lahir Siapa merasa dirinya alim, maka dia jahil tanpa ragu. Siapa rasa dia orang yang suci (dari dosa), maka dia najis (berdosa) tanpa ragu. Siapa merasa dia paling Soleh, maka dialah Paling tholeh tanpa ragu. Cara menyucikan hati 1) adil 2) tawakal 3) banyakkan infaq 4) tawaduk

Anjing Dalam Al-Quran

 Anjing dalam Al-Quran: 1. Sebagai penjaga dalam kisah tujuh pemuda Ashabul Kahfi. (Surah Al-Kahfi 18:18). 2. Diiktiraf sebagai haiwan buruan. (Surah Al-Maidah 5:5). 3. Diampunkan Allah kerana berbuat baik. Kisah pelacur dari bani Israel yang memberi minum anjing melalui kasut. Maka dia diampunkan Allah. (Riwayat al-Bukhari).

Pakaian Sebagai Logo Keimanan

Logo iman itu bukanlah pakaian. Adapun yang sengaja membuka aurat, jelas dan teranglah pertikaiannya atas perintah Allah. Dan jelas pula ada kudis pada imannya. Oleh itu, janganlah atas sebab segelintir manusia pergunakan jubah demi kejahatan meng herotkan matamu lalu pandanganmu serong kepada mereka yang  berusaha memperjuangkan sunnah nabi kita.