Catatan

Tunjukkan catatan dari 2021

Pecahan Kes Baru Mengikut Mukim Negeri Kedah (3/6/2021)

 Pecahan Kes Baru Mengikut Mukim Negeri Kedah (3/6/2021) Baling (2) - Bakai: 1 - Kupang: 1 Bandar Baharu (3) - Bagan Samak 3 Kota Setar (77) - Alor Malai: 14 - Anak Bukit: 1 - Bukit Pinang: 1 - Derang: 2 - Derga: 8 - Gajah Mati: 10 - Gunung : 1 - Hutan Kampung: 2 - Jabi: 1 - Kangkong: 1 - Kota Setar: 1 - Kubang Rotan: 2 - Langgar : 2 - Lesong: 1 - Mergong: 11 - Padang Lalang: 1 - Pengkalan Kundor: 6 - Pumpong: 1 - Sala  Kechil: 2 - Tebengau: 5 - Teluk Chengai: 1 - Titi Gajah: 1 - Tualang: 2 Kuala Muda (128) - Gurun: 5 - Kota: 2 - Merbok : 1 - Pekula: 4 - Pinang Tunggal: 7 - Semeling: 15 - Sidam Kiri: 5 - Simpor: 1 - Sungai Pasir: 11 - Sungai Petani: 73 - Teloi Kiri: 4 Kubang Pasu (32) - Ah: 1 - Binjal: 2 - Bukit Tinggi: 1 - Gelong: 5 - Jerlun: 3 - Jitra: 3 - Kepelu: 3 - Kubang Pasu: 2 - Malau: 2 - Naga: 5 - Temin: 5 Kulim (87) - Junjong: 7 - Karangan: 2 - Kulim: 14 - Lunas: 61 - Padang Cina: 1 - Sidam Kanan: 2 Langkawi (7) - Ayer Hangat: 3 - Padang Matsirat: 3 - Ulu Melaka: 1 ...

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020

 Bagi semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020, anda boleh menyemak keputusan peperiksaan SPM mulai jam 10.00 pagi melalui kaedah seperti berikut: 1) Secara dalam talian - melalui pautan myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my 2) Ringkasan keputusan menerusi SMS - SPM<jarak>NOKP<jarak>AngkaGiliran hantar ke 68886 bermula pada pukul 10.00 pagi, 10 Jun 2021 sehingga 6.00 petang 17 Jun 2021. 3) Bagi calon sekolah yang tiada capaian internet - calon akan dikenal pasti dan dimaklumkan oleh pihak sekolah dengan kaedah yang sesuai. 4) Bagi calon persendirian yang tiada capaian internet - calon akan dikenal pasti dan dimaklumkan oleh Pihak Jabatan Pendidikan Negeri/ Daerah dengan kaedah yang sesuai. Selamat Maju Jaya!

Hak Suami dan Hak Isteri

  Hak isteri adalah nafkah. Lalu, apakah hak suami? Hak suami adalah mendapat ketaatan isteri. Hak isteri adalah termasuklah makanan, tempat tinggal, pakaian dan lain-lain. Hak ini tetap wajib diberikan walaupun isteri mempunyai pendapatan sendiri dan berkemampuan. Kebiasaan sebelum berkahwin di mana teman lelaki dan teman wanita sama-sama mengeluarkan wang untuk temu janji menyebabkan ada lelaki yang terlupa tentang kepentingan memberi nafkah kepada isteri. Dengan mengabaikan hak suami, atau lebih dikenali sebagai nusyuz, hak nafkah isteri boleh dinafikan.

Ruginya Kalau Sabagai Ibu...

 Ruginya kalau sebagai ibu, kalian tak gunakan kelebihan ni untuk sentiasa mendoakan anak-anak. Doa ibu itu tiada hijabnya.  Setiap hari tak kira pagi atau malam, ambil peluang berdoa untuk anak-anak kita sejak mereka lahir sampailah ke akhir hayat kita.  1) Doakan anak suka solat dan baca Al Quran. 2) Doakan anak kita halus tutur katanya dan beradab.  3) Doakan anak kita terlindung matanya dari perkara lucah dan terjaga lidahnya dari berkata perkataan yang kotor.  4) Doakan anak kita sentiasa sayang pada adik beradik dan saling melindungi ahli keluarganya. 5) Doakan anak lelaki kita menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan rajin membantu di rumah. 6) Doakan anak kita untuk menjadi anak yang taat, lembut hati dan mudah mendengar kata. 7) Doakan anak perempuan kita supaya boleh melindungi diri, sentiasa menjaga maruah dan pandai berdikari. 8 ) Doakan anak kita menjadi manusia soleh, solehah yang tenang dan tenteram jiwanya.  9) Doakan anak kita akan saling...

Temu Bual Assignment Pn Zu

Imej
  Soalan temu bual 1.    Bolehkah cik perkenalkan diri? ·         Nama Nur Afifah Binti Kula. Berasal dari Sipitang, Sabah. Umur 30 tahun dan masing belum berkahwin. 2.    Berapa lamakah cik berkhidmat sebagai guru di sekolah ini? ·         Mengajar di sekolah merintaman sipitang dari tahun 2015 hingga kini, ini merupakan tahun ketujuh responden mengajar di sini. Mengajar Bahasa melayu, sejarah, reka bentuk teknologi, Pendidikan jasmani. 3.    Pada pandangan encik, apakah perbezaan sosiobudaya yang terdapat di sekolah ini? ·         Perbezaan sosiobudaya adalah tidak ketara, murid banyak berbangsa kedayan, brunei, murut, bugis, iban. Kebanyakkannya ialah kedayan. Perbezaan Bahasa juga tidak terlalu ketara kerana semua murid menggunakan Bahasa melayu. Tiada penggunaan Bahasa cina dan india. 4.    Sepanjang encik menjadi guru di sekolah ini, apakah keunikan sosiobudaya y...

JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN JILID 21/2020

Imej
JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN JILID 21/2020 Oleh Kementerian Pelajaran Malaysia https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/jurnal/3858-jurnal-penyelidikan-pendidikan-jilid-21-2020/file ISI KANDUNGAN  Keberkesanan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Harian Biasa Di Malaysia: Satu Kajian Empirikal Mohd Nadzri Bin Ishak, Dr. Ibrahim Bin Mohamed Zin Pengukuran Tahap Pemikiran Reflektif Dalam Kalangan Pelajar Yang Mengikuti Kursus Penyelidikan Tindakan Di Institut Pendidikan Guru Kampus Zon Tengah Juliana Binti Mohd Janjang Penggunaan Kaedah Analogi Untuk Menerapkan Pemikiran Kreatif Murid Bagi Memahami Konsep Abstrak Sains Dr. Khairulhasni Abdul Kadir, Prof. Dato’ Dr. Norazah Nordin, Dr. Zanaton Iksan Pre-Service Mathematics Teachers’ Level of Subject Matter Knowledge of Measures of Central Tendency Dr. Komathi Jairaman Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Google Classroom Sebagai Media E-Pembelajaran Dalam Kurs...

JARIAH ATAU ISTERINYA NABI SAW

 JARIAH ATAU ISTERINYA NABI SAW. A: Mcmmana boleh ada khilaf jumlah isteri nabi? B: Ikut riwayat yg smpai laa B: Dan istidlal para ulamaa A: Isteri nabi yg khilaf ni kalau bkn isteri dia jd apa? Sahabat ja? B: Mariah kan hamba nabi SaW B: Saidatina Raihanah pula ada dikatakan sebagai hamba dan ada yg dikatan Isteri Nabi SAW A: Oh gitu, aq dok tatau jariah benda pa A: Sedekah jariah aq tau la😂 B: Jariah tu hamba 😂 B: Mai laa sedeqah dkt aq A: Boleh2, nh senyuman yg manis😁 B: Tu bkn jariah 😂

SUJUD ATAS PERMUKAAN YANG LEMBUT

 SUJUD ATAS PERMUKAAN YANG LEMBUT. Dulu waktu kecik dulu, teringat perangai macam macam masa nak sembahyang. Ada sekali tu punya la mengantuk nak sembahyang, pastu kat tempat sujud tu letak bantal. Hahaha kononnya bila letak kepala tu boleh la nak layan mengantuk sikit. Ada jugak dulu buat perangai nak sembahyang atas katil. Atas katil pulak ada tilam sedap. Masa tu terfikir lepas sembahyang tu tidur terus la. Sekarang ni, tertanya-tanya pulak beberapa persoalan. 1) Apa hukum sujud atas bantal semasa solat? 2) Apa hukum solat di atas tilam? 3) Apa hukum solat di atas katil? 4) Apa hukum solat di permukaan yang lembut? 5) Apa hukum solat di atas sejadah yang gebu? Sini jawapannya: https://www.muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3960-irsyad-al-fatwa-siri-ke-361-adakah-sah-sujud-di-atas-sejadah-yang-empuk

Quote

 It takes intelligence to know how to do things right but wisdom to do the right thing. الشَكوَى لِغَيرِ اللهِ مُذِلَةٌ Pengaduan bukan kepada Allah adalah kehinaan

PBS1

 Assalalamualaikum dan selamat petang kepada semua ahli di dalam group ini. Memandangkan  tidak lama lagi kita akan ber-PBS pada 17 Feb. Pihak unit praktikum telah mengarahkan agar semua pelajar dapat mengisi butir-butir tersebut selewat-lewatnya pada 29 Disember 2019  Nama Pelajar: Muhammad Amjad Bin Ahmad Shahir. Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Dato' Traoh. Alamat Surat Menyurat(kalau boleh rujuk dekat sekolah atau PPD serta jangan ulang balik poskod dan daerah serta negeri): KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SAMARAHAN Daerah: Kota Samarahan Poskod: 94300 Negeri: Sarawak No telefon Pelajar: 011-13327112 No telefon Sekolah: 082671140 No Fax Sekolah: 082671140 No telefon Guru besar sekolah: 012-8818507 Kumpulan: PISMP PI3618 Alamat surat menyurat wajib rujuk di pihak sekolah, jangan rujuk kepada google kerana takut kamu tidak akan dapat berPBS di sekolah itu Sebarang perubahan selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan kerana sudah dihantar ke uni...

LAGU RUKUN IMAN RUKUN ISLAM

 Oh murid murid Dengar sini Belajar rukun Iman dan Islam Nyanyi lagu rancak gembira, Sambil belajar agama, Belajar rukun iman, Belajar rukun Islam. Percaya Allah Dan malaikat Kitab-kitab Nabi dan rasul Percaya dengan hari kiamat Percaya qada dan qadar Itu enam rukun Rukun rukun iman. Oh rukun oh Islam Ucap dua kalimah syahadah Oh solat lima Puasa bulan Ramadhan Bayar zakat fitrah Tunai haji jika kau mampu Oh murid murid Dengar sini Belajar rukun Iman dan Islam Nyanyi lagu rancak gembira, Sambil belajar agama, Belajar rukun iman, Belajar rukun Islam. Nyanyian mengikut rentak lagu Bunyi Gitar (P.Ramlee) https://www.youtube.com/watch?v=9-gEv1ZbwqU

GUIDE RINGKAS SEMASA PBS

 [22/03 12:39 pm] Sofia MT1: Bismillah.  Ini saya bagi guide secara ringkas dan mga2 padat untuk PBS nanti. 1. Pergi sekolah, daftar di pjabat dan buat mcm biasa. Perkara pertama ialah jumpa guru besar dan sebagainya. Basic.  2. Sebenarnya dalam sehari kita boleh siapkan semua tgasan sebab semua ini simple ja. Sebab first time, jdi mcm payah. Ubah mindset. Relax ja pbs. 3. Cari maklumat sekolah. Tak perlu banyak2. Ambil yg mana prlu ja. Selalunya mnta ja dkt mana2 cikgu, fotostate dan setel. Benda ni paling mudah nak setel.So, setel yg ni dlu. 4. Kemudian, Borang kolaborasi (lampiran 1-3)Ada lima borang semuanya. Isi ja mana2 yg anda jumpa di sekolah, contoh : guru besar, guru biasa,murid, pekerja kantin dan sbgainya..kalau nak mudah, isi siap2 prbincangan dan cdgn tindakan. kmudian prgi jmpa minta tandatangan ja.Kalu tak mahu, mnta kwn2 sign.Tapi GB kna sign la. Setel. Tak perlu pnjg2..asal ada prbincangan pun dah ok.. 5. Amalan Refleksi (lampiran 1-5)..yg ni isi apa yg ...

PERSEDIAAN SEBELUM PBS

 🖋📄 PERSEDIAAN SEBELUM PBS📄🖋 Perkara² ni agak penting, tolong baca yaa.. 1. Buat senarai perancangan sebelum ke sekolah - rangka aktiviti harian yang kita nak buat kat sekolah - rancang bila nak observe cikgu? Bila nak kumpul maklumat sekolah? Bila nak temubual cikgu, pekerja, murid²? -susun jadual setiap hari sepanjang pbs tu 2. Hari pertama jumpa GB/PK (perkenalkan diri) - perkenalkan diri, asal, ipg mana dan beritahu tujuan - minta seorang mentor untuk bimbing kita (cikgu subjek major kita) - minta kebenaran nak amik video/gambar -minta kebenaran nak temubual cikgu², pekerja sekolah + murid² - jika diberi pilihan, pilih untuk stay di bilik guru (supaya lebih dekat ngan guru² -senang nak tanya apa²) - tanya persatuan/unit uniform apa yg kita join (hari rabu ada aktiviti koko) *wajib jadi peramah ye. Makin banyak awak tanya org, makin byk benda boleh tahu. Pengalaman org² lama ni penting jgk tau. Untuk pedoman kita nak apply zaman kita kerja nanti. 3. Mentor (apabila jumpa men...

EDUP3033: MURID DAN PEMBELAJARAN

EDUP3033: MURID DAN PEMBELAJARAN Nota kursus Murid dan Pembelajaran. Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak. Pensyarah: Dr Lee Bin Saad. https://padlet.com/lee_saat/8t0o9xcsslup

CARIAN HADIS DI INTERNET

 CARIAN HADIS DI INTERNET Bagaimanakah cara untuk mencari hadis-hadis yang sahih di internet. Kalau saya, saya akan menggunakan dua laman sesawang ini. http://myhadith.islam.gov.my/index.php/bm/carian-pantas-4?q=Wuduk http://www.islam.gov.my/e-hadith Semoga bermanfaat.

PERLU MEMPERBAHARUI NIAT PUASA PADA SETIAP MALAM?

Imej
  📆 4 RAMADAN 1442H 🔖 PERLU MEMPERBAHARUI NIAT PUASA PADA SETIAP MALAM?   مَنْ لَمْ يُجْمِعِ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ فَلاَ صِيَامَ لَهُ Maksudnya: Barangsiapa yang tidak berniat (pada malam hari) sebelum terbit fajar, maka tiada puasa baginya (pada hari tersebut). Riwayat Abu Daud (2454). Status Hadith: Sahih. 📍 Pertama: Boleh diniatkan terus sebulan berpuasa Pendapat al-Imam Zufar dan al-Imam Malik. Berpadalah bagi seseorang itu untuk berniat sekali sahaja iaitu meniatkan sebulan berpuasa pada awal permulaan niat. 📍 Kedua: Tidak berpada dengan niat sebulan sekaligus bahkan perlulah memperbaharui niat pada setiap malam. Pendapat jumhur berdasarkan keumuman hadith Hafsah R.Anha sebelum ini. Puasa itu setiap harinya adalah ibadah yang bersendiri (mustaqil). Ia tidak terikat antara satu sama lain (dengan hari lain-lainnya). 📍 Pendapat jumhur dan pendapat mazhab al-Syafi’ie iaitu niat perlulah diperbaharui pada setiap malam untuk berpuasa. 📍 B...

wanita menurut kaca mata lelaki dan profesional bidang masing2 😀

 Semalam dapat macam2 bentuk wasap sempena hari wanita.. Yang kat bawah ni paling  kelakar..cc: Kem Dapat Jodoh  -  KDJ  Selamat Hari wanita 2021. wanita menurut kaca mata lelaki dan profesional bidang masing2 😀 : 🌹Wanita boleh ingat peristiwa pada jam 5:30 petang, hari Selasa tahun 1995 dengan tepat tanpa tertinggal satu pun fakta. Namun dia lupa kat mana dia letak kerongsang dia. Dan getah rambut. - Peniaga kerongsang- 🌹Wanita (isteri) sengaja tinggal tanda dalam kereta suami. Samada kasut, selipar anak, kerongsang dan seumpamanya. Ia tanda amaran kepada wanita lain yang naik kereta suaminya bahawa lelaki itu sudah ada isteri. - Kasanova insaf - 🌹Wanita ni, kalau dia tengah marah, kita jawab lagi dia marah. Kita diam pun kena marah. Buat-buat mati pun dia datang cekik lagi. - Brader rock - 🌹Berhujah dengan wanita ni, usahkan nak menang. Seri pun belum tentu. - bekas wakil rakyat - 🌹Wanita suka makan. Tapi tak suka gemuk. Dia diet sehari, 18x naik penimba...

Temu bual PBS 3

  Soalan temu bual 1.     Bolehkah encik perkenalkan diri? ·          Nama Aiman Bin Abd Aziz, umur 26 tahun, berasal dari Yan, Kedah. Belajar di Beijing Foreign Studies University. Mengambil diploma Pendidikan PDPLI di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak. Kini mengajar di Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara dalam mata pelajaran Bahasa Manderin. 2.     Berapa lamakah encik berkhidmat sebagai guru di sekolah ini? ·          Baru melaporkan diri buat kali pertama di Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara (SKDWK) pada 15 Februari 2021. Termasuk minggu ini, baru minggu kedua mengajar secara bersemuka bersama murid-murid. 3.     Pada pandangan encik, apakah perbezaan sosiobudaya yang terdapat di sekolah ini? ·          Perbezaan sosiobudaya adalah tidak ketara kerana latar pendidikan sekolah rendah juga memp...
 JURNAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 1. Penilaian dalam Dasar Pendidikan di Malaysia: Satu Tinjauan. 2. Cabaran Transformasi Pendidikan Awam Malaysia (Analisis Dasar Strategik PPPM 2013-2025) 3. Hubungan Kualiti Guru dengan Komitmen Belajar Murid 4. Kesedaran Strategi Metakognitif dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Kalangan Pelajar Biologi. 5. Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kreativiti dalam Kalangan Pelajar Pintar Akademik. 6. Perkembangan Kemahiran Sosial Kanak-Kanak Melalui Bermain: Satu Kajian Kes di Sebuah Prasekolah. 7. What Makes a Creative Teacher? Students' Perspective of Creative Teachers in The Classroom. 8. Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Job Diagnostic Survey dalam Tugas Pengajaran.

KEMBALI KEPADA FITRAH

  {KEMBALI KEPADA FITRAH}   فِطۡرَتَ ٱللَّهِ ٱلَّتِی فَطَرَ ٱلنَّاسَ عَلَیۡهَاۚ لَا تَبۡدِیلَ لِخَلۡقِ ٱللَّهِۚ ( سورة الروم 30)   (Turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya. Tafsiran Imam Ar Razi mengenai ayat ini: "Seseorang secara fitrahnya mentauhidkan Allah" Tafsir Imam al Qurtubi pula: "Agama itu fitrah kerana manusia berakhlak dengannya atau manusia mempraktikan agama" Secara ringkasnya fitrah itu mesti kembali kepada agama yakni agama Islam dan mentauhidkan Allah SWT. Maka, kita seharusnya   meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT selepas ditarbiyah dalam madrasah Ramadhan yang barakah. Taqwa merupakan kayu ukur bagi kemulian seseorang di sisi Allah SWT. Moga kita semua telah mencapai objektif Ramadhan dan sentiasa istiqamah dalam melakukan ketaatan dan amal soleh kepada Allah SWT serta meninggalkan maksiat. Kita tidak mahu dalam ...

Ikhlas daripada A'jwah 😊

 🌈✨💫🌈✨💫🌈✨💫🌈 Walau langkah tak bertemu Tangan tak berjabat Ucap tak terdengar Mata tak bertentang Mohon maaf segala kesilapan Kerana ada tikanya mata silap memandang Telinga salah mendengar Lidah terlanjur berkata-kata Dan Hati tersalah menduga Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada diriku sendiri  。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ • • 🌺˚ selamat 🌺。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ • •。🌺 menyambut ketibaan🌺 。 • ˚🌺 Ramadhan🌺 ° 。 ° ˛˚˛ * Π__。˚ ˚ ˛ •˛•˚ */__/~\。˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •˛• ˚ | 田田 |門| ˚ Semoga ibadah puasa di tahun ini dpt dilakukan dgn istiqamah 😊 🌈✨💫🌈✨💫🌈✨💫🌈 Ikhlas daripada A'jwah 😊

WARKAH PENGERUSI PITAR 2020/21

 WARKAH PENGERUSI PITAR 2020/21 23 April 2020 | 1 Ramadhan 1441h السلام عليكم الحمد الله وصلىة وسلم على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه، اما بعد، Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kerana masih dikurniakan nikmat Iman,Islam, Ihsan serta dapat bertemu lagi dengan bulan yang penuh dengan keberkatan ini, Ramadhan al-Mubarak. . Marilah sama-sama kita mengambil peluang yang sangat berharga ini dengan meningkatkan ketakwaan kita dengan bersungguh-sungguh dalam mengejar ganjaran yang Allah SWT dan Rasulullah SAW tawarkan kepada kita dengan melaksanakan ibadah. . Ingatlah, dalam setiap ujian pasti terselit hikmah dan rahmat. Sedar atau tidak, Allah SWT luangkan kepada kita banyak waktu lapang dalam masa PKP ini untuk kita dekatkan diri kepada-Nya. Maka,   kita perlulah rebut kesempatan ini dengan melaksanakan pelbagai amal ibadah. Bina lah kekuatan rohani kita dengan utuh bagi menjadi bekalan selepas daripada madrasah Ramadhan ini. . Akhir kalam, . ...

Perpustakaan IPGKTAR

 Assalamualaikum dan salam sejahtera Warga IPGKTAR  Saat barisan hadapan berjuang di luar sana, Kakitangan Perpustakaan IPGKTAR juga bersiap siaga menyajikan bahan bacaan untuk terapi minda dan hiburan seisi keluarga, setiap masa, di mana shj anda berada, dan sesuai untuk semua peringkat usia.  Tak payah banyak tanya berapa harga, kalau benda boleh baca PERCUMA! Dikongsikan semula Rak Buku Maya dan tambahan link yang lain untuk bahan bacaan semua. Kami himpunkan rak buku maya dari media sosial yang ada. Link 15 rak buku maya tersebut: 👇👇👇 📘 https://anyflip.com/bookcase/tdcjb  📕 https://anyflip.com/bookcase/bazpw 📘 https://anyflip.com/bookcase/ysjpf 📕 https://anyflip.com/bookcase/connn 📘 https://fliphtml5.com/bookcase/nrjfe 📕 https://anyflip.com/bookcase/ndbjn 📘 https://fliphtml5.com/bookcase/kqlqk 📚 https://anyflip.com/bookcase/kzzbj 📚 https://fliphtml5.com/bookcase/jdpia 📚 https://fliphtml5.com/bookcase/lbdzi 📚 https://anyflip.com/bookcase/qelpj 📚 htt...

Peta i-Think dalam Bahasa Arab

  *خرائط التفكير* i-Think. الدائرة. Peta Bulatan. الفقاعة. Peta Buih. الفقاعة المزدوجة. Peta Buih Berganda. الشجرة. Peta Pokok. الدعامة. Peta Dakap. التدفق. Peta Alir. التدفق المتعددة. Peta Pelbagai Alir. الجسر. Peta Titi

MODUL USRAH: SYUKURLAH AKU DILAHIRKAN MUSLIM

 Cadangan modul untuk usrah: (tak nak guna pun takpe) 1. Ya atau tidak ▪Naqib menyenaraikan perkara perkara yang sepatutnya seorang manusia bersyukur lakukan. Contohnya: solat fardhu di awal waktu, sentiasa baca alquran, sentiasa solat malam, sentiasa tolong sahabat yang lain, sentiasa lazimi selawat dan istighfar, sentiasa tambah ilmu agama, sentiasa puasa sunat dsb.  ▪jika ahli sentiasa buat perkara yg disebutkan, dia boleh menulis ya di bukunya dan jika sebaliknya maka dia hendaklah menulis tidak. ▪tahap kesyukuran masing masing boleh diukur dgn bilangan ya dan tidak. Adakah kita benar benar hamba Allah yang bersyukur? ▪untuk menjadikan modul ini lebih jelas pengajarannya, naqib bolehlah memperbanyakkan soalan untuk ditanya. 2. Kotak beracun (Boleh guna aktiviti ni kalau naqib nak semua ahli usrah bercakap) ▫Naqib menyediakan kertas kertas bergulung yg cukup untuk ahli usrah. Kertas tersebut mengandungi cabaran atau soalan soalan berkenaan tajuk usrah.  ▫contoh: -bagai...

MODUL USRAH: UJIAN BANGKIT ATAU REBAH ?

Imej
  MODUL USRAH KETIGA 2020 TAJUK: UJIAN BANGKIT ATAU REBAH ? BAHAN BANTU NUQABA: Andai merasa perlu, nuqaba bolehlah mencari pengisian-pengisian berkenaan ujian di internet dan youtube. Yang disertakan di sini hanya cadangan dan sebahagian kecil sahaja. https://youtu.be/qtHOC4gq8HI https://youtu.be/ljhXCJXYrFI https://youtu.be/eBuYPvyprYQ https://iluvislam.my/bersyukur-dalam-menghadapi-ujian-hidup/ https://www.ahmadikatu.com/kalah-dalam-menang-itulah-hakikatnya/ https://akuislam.com/blog/renungan/bila-rasa-lemah-itu-menjengah/   ISI DAN SEDIKIT PEGANGAN BERKENAAN UJIAN: (boleh beritahu secara overall sahaja) 1.        Allah menguji hambanya mengikut kemampuan hamba itu sendiri. Dalil daripada surah al Baqarah ayat:286 yang bermaksud “Allah tidak akan membebankan hambaNya itu melainkan dengan apa yang terdaya olehnya.”   2.        Benar kita rasa penat,sempit,dan susah tetapi yakinlah ...